web statsweb stats

Berita Terkini

51 minit yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 52 minit yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Isu Pelajar MRSM Kuantan Dikhianat: Tidak Wujud Sebarang Unsur Gengsterisme - Polis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Aug 2022 5:09PM

Pengesahan itu berdasarkan siasatan awal pihaknya selepas mendapatkan laporan daripada sekolah dan ibu mangsa. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan tidak wujud sebarang perbuatan khianat dan ‘budaya gengsterisme’ membabitkan pelajar perempuan yang didakwa berlaku di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Kuantan, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, pengesahan itu berdasarkan siasatan awal pihaknya selepas mendapatkan laporan daripada sekolah dan ibu mangsa.

“Pihak polis mengambil tindakan merakam percakapan pihak berkaitan seperti guru, pelajar, ibu bapa pelajar dan ibu mangsa bagi membantu siasatan.

“Siasatan awal mendapati tidak wujud sebarang unsur gengsterisme dalam kejadian terbabit. Kes ini masih disiasat di bawah Seksyen 247 Kanun Keseksaan kerana melakukan (perbuatan) khianat,” katanya kepada Getaran, hari ini.

Sementara itu, ditanya dakwaan pihak tertentu bahawa perbuatan terbabit disebabkan mangsa mempunyai gejala masalah kecelaruan personaliti (personaliti disoder), Wan Mohd Zahari memaklumkan pihaknya masih menjalankan siasatan terperinci.

“Perkara (dakwaan mangsa ada gejala gangguan personaliti narsistik atau NPD dan tidak mahu menetap di asrama), sedang disiasat dan diteliti pihak polis,” katanya.

Lantaran itu, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak sewenang-wenangnya memuat naik sebarang perkongsian di media sosial sebelum mendapatkan pengesahan daripada pihak berkuasa.

“Perkara terbabit perlu agar sebarang hantaran perkongsian mengenai dakwaan itu tidak menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial apabila seorang pengguna media sosial dikenali Nazrah Mohamed meluahkan kekecewaan terhadap pentadbiran MRSM Kuantan yang dikatakan lemah dalam menyelesaikan permasalahan anaknya yang didakwa menjadi mangsa perbuatan khianat dan gengsterisme.

Bagaimanapun, seorang pengguna dikenali sebagai Naqib Martinie di platform media sosial sama menegaskan mangsa adalah seorang psikopat.

“(Kes) MRSM Kuantan, usaha dilakukan pembuli untuk melakukan ini adalah sangat mengagumkan. Psikopat dalam pembikinan. Kemas kini itu adalah plot twist bukan kes buli,” katanya.

 

MRSM Kuantan: The effort that the bully took to do this was very astounding. Psychopath in the making. Update: Plot twist. Bukan kes buli. (Source: Astro Awani - https://fb.watch/eVmHErle-U/)

Posted by Naqib Martinie on Sunday, August 14, 2022

Rata-rata netizen senada dengan Naqib sehingga ada yang memaklumkan bahawa mangsa mempunyai gejala kecelaruan personaliti apabila mendakwa segala perbuatan buli itu adalah lakonan sendiri.

“Yang kes ni mangsa tu adalah pelaku dari apa yang aku baca. Punca dia sebab tekanan (depression) dan dia memberontak, wallahualam,” respon seorang pengguna.

“Mangsa itu pelaku sendiri, kecelaruan identiti. Kesian dia, kalau pindah sekolah pun semua orang dah tau. Saya percaya pihak sekolah dah cuba jaga aib dan ambil tindakan, tapi itulah maknya cepat sangat nak viral,” kata pengguna lain. - Getaran, 16 Ogos 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 bulan yang lalu

Kerajaan Perkenal Pindaan Kanun Keseksaan, Tangani Kes Buli Secara Khusus

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Pakar Patologi Kimia Bunuh Diri, Dibuli Ketua Jabatan Didakwa Jadi Punca

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Bukit Aman Digesa Banteras Gengsterisme Di Julau - Larry Sng

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Ibu Kepada Remaja Ditemukan Lemah Di Masjid Buat Laporan Polis

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan