web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jabatan Perikanan Perak Pantau Fenomena Ikan Bilis Terdampar Di Pulau Pangkor

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Aug 2022 10:24PM

Tangkapan layar video media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Jabatan Perikanan Negeri Perak akan memantau fenomena ikan bilis naik ke darat dan terdampar di pantai Pasir Bogak, Pulau Pangkor dari semasa ke semasa.

Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Perak Noraishah Hashim berkata pihaknya menerima maklumat bahawa insiden itu berlaku pada kira-kira 7.30 hingga 8 malam Sabtu.

"Insiden yang sama berlaku pada Jumaat... didapati anak ikan tamban juga naik dan terdampar di pantai tersebut dalam kuantiti yang kecil," menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata fenomena itu menyebabkan penduduk dan pengunjung mengambil kesempatan mengutip ikan bilis yang terdampar serta sudah kering di tepi pantai antara 11 pagi hingga 1 tengah hari semalam.

Katanya dianggarkan lebih dua kilogram ikan bilis dikutip di kawasan sepanjang 500 meter di pantai Pasir Bogak.

Noraishah juga berkata siasatan pihaknya mendapati insiden ikan bilis naik ke darat dan terdampar di pantai hanya berlaku di Pasir Bogak sahaja.

"Maklumat daripada nelayan yang menangkap ikan di kawasan sekitar memaklumkan kemungkinan ikan besar terutama ikan alu-alu yang mengejar dan memakan ikan bilis menyebabkan ikan bilis melompat ke pantai. 

"Ada maklumat juga memaklumkan kemungkinan lambakan ikan bilis di kawasan pantai Pasir Bogak disebabkan cahaya lampu di kawasan tersebut," katanya.

Beliau berkata bagaimanapun, mengikut kajian saintifik terdapat tiga faktor yang menyebabkan ikan bilis naik ke pantai iaitu antaranya perubahan drastik suhu air laut, pertumbuhan alga serta plankton selain arus dan gelombang yang tinggi.

Noraishah berkata maklumat daripada pengusaha dan nelayan vesel ikan bilis mendapati hasil tangkapan meningkat beberapa hari sebelum fenomena itu berlaku.

Katanya pihak Jabatan Perikanan berpandangan dasar Pengezonan Semula Kawasan Penangkapan Ikan Di Pantai Barat Semenanjung Malaysia pada 2016 yang mewujudkan Zon Konservasi iaitu kawasan pembiakan ikan dari pantai hingga 1.0 batu nautika dengan melarang sebarang aktiviti menangkap ikan telah menampakkan kejayaan dengan penambahan ikan bilis.

Hari ini, tular di media sosial beberapa gambar dan video menunjukkan ribuan ikan bilis yang melompat ke darat dan terdampar di tepi pantai. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 58 minit yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 53 minit yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar