web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sindiket Curi Kenderaan Tumpas, Sasar Kereta Model Lama Di Kawasan Sunyi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Aug 2022 8:12PM

Dua lelaki itu ditahan ketika meleraikan sebuah kenderaan yang dipercayai dicuri, kerana tidak memiliki nombor pendaftaran di bahagian hadapan manakala nombor chasis enjin pula sudah ‘diusik’ - Gambar PDRM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Dua lelaki ditahan selepas disyaki terlibat dalam kegiatan curi kereta di sekitar Ampang yang mensasarkan kenderaan model lama.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kedua-dua mereka ditahan di sekitar kawasan rumah pangsa di Taman Bukit Sentosa, Rawang semalam.

Menurut beliau, mereka ditahan ketika meleraikan sebuah kenderaan yang dipercayai dicuri, kerana tidak memiliki nombor pendaftaran di bahagian hadapan manakala nombor chasis enjin pula sudah ‘diusik’.

“Kedua-dua suspek yang berusia 27 dan 31 tahun itu ditahan kira-kira jam 4.20 petang oleh sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya hasil maklumat dan risikan,” katanya hari ini.

Mohamad Farouk berkata, tangkapan tersebut adalah susulan kepada laporan dibuat seorang mangsa 11 Ogos lalu, selepas kehilangan keretanya dari jenis Proton Wira.

“Mangsa memberitahu, keretanya itu diparkir di perkarangan sebuah rumah pangsa di Jalan Pandan Indah di sini pada jam 9 malam, tetapi kenderaan itu didapati hilang keesokan hari, dipercayai dicuri,” katanya.

Mohamad Farouk memberitahu, kerugian ditanggung mangsa dianggarkan berjumlah RM5,000.

“Pemeriksaan mendapati kedua-dua suspek memiliki serangkai kunci pendua yang digunakan untuk mencuri semua kenderaan terbabit dan semua barangan yang dirampas dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya bagi membantu siasatan,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, semakan terhadap suspek pertama mendapat dia tiada memiliki sebarang rekod jenayah, manakala suspek kedua memiliki satu rekod narkotik dan disenaraikan sebagai individu dikehendaki polis,

“Permohonan reman ke atas kedua-dua suspek dipohon di Mahkamah dan dibenarkan reman selama empat hari bermula hari ini sehingga 18 Ogos nanti,” ujarnya.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan. – Getaran, 15 Ogos 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan