web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Warga Emas Hilang 5 Hari Di Kebun Sawit Ditemukan Selamat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Aug 2022 6:08PM

Painah Siwan (tengah) ditemui oleh pagi ini selepas dilaporkan hilang di sebuah kebun kelapa sawit di Kampung Parit Kasih Sayang, Senggarang, Rabu lepas. - Gambar ihsan IPD Batu Pahat

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BATU PAHAT - Seorang wanita warga emas yang dilaporkan hilang di sebuah kebun kelapa sawit di Kampung Parit Kasih Sayang, Senggarang, dekat sini Rabu lepas, ditemui selamat pada pukul 11.25 pagi ini. 

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Ismail Dollah berkata Painah Siwan, 79, ditemui dua orang awam yang turut serta dalam operasi mencari yang disertai oleh 102 orang pegawai dan anggota daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan serta 20 orang kampung.

Beliau berkata wanita itu ditemui dalam keadaan lemah berhampiran lopak air dengan jarak 900 meter daripada pos kawalan operasi menyelamat dan 1.4 km dari arah hadapan rumahnya. 

“Warga emas itu dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), Batu Pahat untuk rawatan lanjut dan dia kini berada berada dalam keadaan stabil,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Rabu lepas warga emas itu dilaporkan pergi ke kebun kelapa sawit berkenaan untuk mencari lidi dan disedari hilang oleh anggota keluarganya apabila tidak pulang ke rumah, sekitar pukul 3.30 petang. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 6 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek