web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kuat Dan Pendamai, Itulah Ismail Sabri - Syed Saddiq

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Aug 2022 1:14PM

Syed Saddiq ketika ditemu bual dalam audio siar ‘the Good, the Bad, the Ugly’. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merupakan seorang lawan yang kuat (formidable) dan Perdana Menteri bersifat pendamai (conciliatory), kata Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Menurut Ahli Parlimen Muar itu, imej dibawa Perdana Menteri memberikan gambaran baharu terhadap portfolio pemimpin.

“Apa yang (biasanya) dianggap sebagai baik dalam politik adalah seorang yang kuat yang tidak pernah bertemu dengan pembangkang atau mereka dari seberang sana untuk bertolak ansur. Mereka mesti seorang kuku besi.

“Tetapi saya rasa (Ismail Sabri) membawa elemen unik. Dia terbuka untuk bertemu, jika anda menghantar mesej kepadanya, dia akan membalas tanpa banyak formaliti dan saya menghormatinya,” kata Ahli Parlimen Muar itu semasa audio siar ‘the Good, the Bad, the Ugly’.

Mantan Menteri Belia dan Sukan tersebut memberitahu, perkara itu menggambarkan Malaysia yang diimpikannya, iaitu sebuah negara dengan rasa hormat besar merentasi blok meskipun berlaku perseteruan politik.

“Perdana Menteri seharusnya menggunakan sifat tenang beliau untuk mewujudkan matlamat yang lebih jelas buat Malaysia dan menjauhkan negara daripada kelekaan (complacency).

“Bagaimanapun, Ismail Sabri adalah Perdana Menteri berkenaan tidak mempunyai wawasan yang jelas, bukan sahaja dirinya tetapi juga untuk Kabinet dan kerajaan,” katanya.

Beliau menambah, Ismail Sabri sepatutnya dapat memanfaatkan kemesraannya dengan ahli politik untuk merangka strategi nasional komprehensif yang akan memberi manfaat kepada semua pihak.

“Seorang pemimpin yang baik, terutamanya yang sangat mendamaikan sifatnya, akan dapat menghasilkan visi yang jelas tentang bagaimana dia mahu membawa Malaysia ke hadapan.

“Kebimbangan saya adalah kita akan menjadi negeri yang leka (iaitu) terperangkap di tengah-tengah, bukan negara gagal tetapi hanya keadaan ‘meh’,” katanya lagi.

Jelas Syed Saddiq, ini akan memalukan negara memandangkan ia berpotensi menjadi ‘lambang harapan’ (beacon of hope) bagi ASEAN dan ‘negara contoh’ bagi negara majoriti Islam kerana Malaysia meraikan nilai-nilai kepelbagaian, berbilang kaum dan kesederhanaan. - Getaran, 15 Ogos 2022

 
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Dakwa Kerajaan Ambil Tindakan Terhadap Kritikan, Syed Saddiq Diminta Tidak Hipokrit - Fahmi

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Dana RM700 Juta: 'Ya, Kami Ambil Keterangan Ismail Sabri' - SPRM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Dana Armada: Syed Saddiq Dipenjara 7 Tahun, Denda RM10 Juta, 2 Sebatan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Syed Saddiq Didapati Bersalah Tuduhan Bersubahat Pecah Amanah, Salah Guna Harta, Ubah Wang Haram

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad