web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penutupan Jalan TAR Setiap Ahad: Dapatkan Pandangan Semua, Elak ‘Keputusan Sehala’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Aug 2022 8:05PM

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bercadang menutup Jalan Tuanku Abdul Rahman daripada digunakan kenderaan pada setiap Ahad bermula 28 September ini - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebarang langkah penutupan Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini daripada dilalui kenderaan pada setiap Ahad, wajar mendapatkan pandangan semua pihak sebelum dilaksanakan, termasuk golongan peniaga dan pengguna bagi mewujudkan situasi ‘menang-menang’

Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun berkata, langkah seumpama itu penting bagi mengelakkan rasa tidak puas hati dalam kalangan mereka yang terkesan dengan tindakan berkenaan.

“(Pihak berwajib) Perlu tanya setiap pekedai dan orang ramai yang menggunakan jalan ini. Saya rasa kalau tutup, trafik akan bertambah dan (berlaku) kesesakan lalu lintas. Orang pun akan ‘complain’ (mengadu) saya rasa.

“Kalau bukan jalan besar seperti lorong okeylah. Seperti Lorong Masjid India, ia boleh ditutup dan tiada masalah sebab lorong berkenaan boleh elak (daripada) digunakan.

“(Tetapi) Kalau di jalan besar seperti Jalan Tuanku Abdul Rahman, saya rasa mesti pertimbang dahulu untuk tanya orang ramai,” katanya ketika dihubungi Getaran hari ini.

Terdahulu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bercadang menutup Jalan Tuanku Abdul Rahman yang turut dikenali sebagai Jalan TAR daripada digunakan kenderaan pada setiap Ahad bermula 28 September ini.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias dilaporkan berkata, cadangan itu bagi menggalakkan budaya berjalan kaki dalam kalangan warga kota, malah DBKL sedang melakukan sesi libat urus dengan pihak di kawasan berkenaan bagi membolehkan penutupan jalan terbabit direalisasikan.

Jalan TAR dicadang tutup pada hari Ahad bagi menggalakkan budaya berjalan kaki dalam kalangan warga kota - Gambar Fail
Jalan TAR dicadang tutup pada hari Ahad bagi menggalakkan budaya berjalan kaki dalam kalangan warga kota - Gambar Fail

Mengulas lanjut, Kui Lun memberitahu, langkah hampir sama sudah dilaksanakan di jalan terbabit beberapa tahun lalu, namun dibantah kerana dikatakan menjejaskan pendapatan golongan peniaga dan mengakibatkan kesesakan lalu lintas.

Sehubungan itu, tambahnya, pihak DBKL perlu mempertimbangkan suara semua pihak sebelum mengambil sebarang langkah berhubung penutupan laluan berkenaan.

“Sekarang ini saya rasa, ia mesti dapatkan maklumat dari pandangan orang ramai (berhubung langkah) untuk menutup jalan itu nanti,” tegasnya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Peniaga dan Penjaja Bumiputera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Seri Rosli Sulaiman bersetuju dengan cadangan DBKL untuk menggalakkan budaya berjalan kaki dalam kalangan warga kota.

Namun, beliau meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) itu, memastikan kawasan berkenaan dalam keadaan aman, nyaman dan bersih.

Katanya, ia termasuk memastikan kawasan Jalan Tuanku Abdul Rahman memiliki pemandangan indah, suasana ceria dan tiada bau kurang menyenangkan.

Suasana Jalan TAR semasa bulan Ramadan - Gambar Fail
Suasana Jalan TAR semasa bulan Ramadan - Gambar Fail

“Contohnya, kalau ada restoran kita nampak perparitan di situ tidak selesa, pastinya ia boleh mendatangkan bau tidak menyenangkan, jadi kita minta DBKL mengambil tindakan.

“Jangan ada takungan air di longkang supaya ia tidak datangkan bau tidak menyenangkan," katanya.

Menarik perhatian, Rosli berkata, lokasi perniagaan di kawasan dianggarkan menempatkan lebih 1,000 penjaja itu juga perlu dinaik taraf bagi memastikannya bersih.

“Apa yang kita mahu DBKL buat adalah menaik taraf kawasan penjaja di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman, tidak ramai, iaitu lebih 1,000.

“Naik taraf dengan jadikan lokasi penjaja ini sebagai kawasan bersih. Dan kita minta penguatkuasa melaksanakan tanggungjawabnya dengan tegas. Kalau didapati ada dalam kalangan rakyat kita buang sampah, nampak sahaja terus saman,” katanya.

Menurutnya, pada masa sama, golongan penjaja perlu dididik dengan ketegasan bagi memastikan kawasan mereka bersih dan teratur.

“Usaha (menjamin kebersihan) ini tidak memberi kesan kepada (pendapatan) peniaga, malah akan ramai lagi datang ke tempat itu kerana dia rasa selamat, malah penjaja pun boleh hidup serta mencari makan dengan lebih baik,” katanya. - Getaran, 14 Ogos 2022


 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 8 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi