web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 8 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Guna Dana Luar Bantu Pelarian Myanmar Terima Latihan Kemahiran

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Aug 2022 5:30PM

Saifuddin Abdullah - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Kerajaan menggunakan dana luar bagi menampung kos latihan kemahiran yang akan diberikan kepada pelarian Myanmar khususnya etnik Rohingya, kata Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah.

Beliau berkata kerajaan sama sekali tidak akan menggunakan duit rakyat dalam usaha membantu pelarian itu mendapatkan latihan kemahiran di negara ini.

Menurutnya, negara setakat ini tidak dapat serapkan pelarian Myanmar dalam sektor pekerjaan kerana mereka tidak mempunyai kemahiran.

"Sekarang ini kita ada kekurangan buruh daripada luar, banyak restoran, kilang dan sektor pembinaan kurang pekerja, tetapi mungkin majikan tidak bersedia ambil mereka (pelarian) kerana tidak mempunyai kemahiran asas.

"Oleh demikian, kita rancang program latihan kemahiran kepada mereka tertentu yang ingin bekerja, jadi kita sedang fikir bagaimana dana itu boleh diraih...sebagai Menteri Luar, saya juga melobi untuk mendapatkan dana daripada negara lain dan penderma antarabangsa," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Forum Pengundi Muda Penentu Masa Hadapan Negara Sempena Hari Belia Parlimen Indera Mahkota 2022, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Saifuddin, yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota, memaklumkan setakat ini salah satu negara yang telah menyumbang ialah Qatar iaitu sebanyak US$50 juta (RM222.23 juta) dengan US$6 juta (RM26.6 juta) telah dibelanjakan untuk hal ehwal kesihatan pelarian berkenaan.

"Saya sebutkan ini supaya rakyat Malaysia tak gusar apabila Menteri Luar bercakap tentang pelarian di Malaysia, mereka juga mempunyai peluang bekerja dan pendidikan,” katanya.

Sementara itu, Saifuddin, yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Pahang, ketika ditanya mengenai pembahagian kerusi bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di negeri ini, berkata rundingan awal bersama gabungan PN menyatakan untuk kekal bertanding di kerusi yang telah dimenangi parti masing-masing.

"Bersatu akan bertanding di satu kawasan Parlimen yang telah dimenangi manakala PAS di lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), Bersatu dan Gerakan takkan minta kerusi yang PAS menang, kemudian baru kita tengok kerusi tumpuan dan siapa paling sesuai untuk bertanding.

"Bagaimanapun, kami masih lagi melihat formula yang sesuai dan keputusan itu akan dimuktamadkan di peringkat Majlis Tertinggi PN," jelasnya. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 45 minit yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad