web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Isu Terowong Dasar Laut: DAP Tak Nak Buat Siasatan PAC? - Najib

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Aug 2022 3:09PM

Menerusi hantaran di Facebook miliknya, mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak secara sinis meminta pihak berkaitan melihat foto atau video terkini projek mega itu yang dikatakan berjalan lancar - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas persoalan berhubung isu kelewatan perolehan kapal tempur pesisir (LCS) menjadi topik hangat, mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat ‘serangan balas’ dengan mempersoalkan status projek terowong dasar laut Pulau Pinang.

Menerusi hantaran di Facebook miliknya, Najib secara sinis meminta pihak berkaitan melihat foto atau video terkini projek mega itu yang dikatakan berjalan lancar.

“Kontrak ditandatangani pada November 2013, kan?

“Atau pun boleh jemput wartawan untuk melawat projek sebagaimana kerajaan menjemput wartawan untuk melihat dengan mata sendiri projek LCS hari ini.

“Nak buat siasatan PAC (Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara) tak, DAP,” sindirnya.

Hantaran itu dipercayai dibuat Najib susulan pemimpin DAP dilihat begitu lantang mempersoalkan isu LCS, selain menggesa individu bertanggungjawab diheret ke muka pengadilan.

The Vibes dilaporkan cuba menghubungi Exco Pulau Pinang, Zairil Khir Johari yang kini memegang jawatan Exco Infrastruktur Pulau Pinang untuk mendapatkan maklum balas.

Terowong dasar laut itu menjadi projek dipertikaikan di Pulau Pinang selepas Pengarah Eksekutif, Consortium Zenith Construction Group, Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli terlibat dalam kes rasuah membabitkan mantan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Projek mercu tanda negeri itu pada asalnya dirancang untuk menghubungkan Gurney Drive di pusat bandar raya dengan Bagan Ajam yang terletak di tanah besar dalam jarak 6.5 kilometer (km) dan dianggarkan menelan belanja RM6.3 bilion.

Ia adalah ‘permata’ bagi Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang yang bernilai RM46 bilion.

Selain terowong itu, pembinaan lebuh raya baharu dan sistem transit aliran ringan turut dicadangkan di bawah pelan terbabit yang dijangka akan mengurangkan kesesakan lalu lintas sekian lama di negeri berkenaan, malah bertambah buruk sejak ekonomi dibuka semula akhir tahun lalu.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow pada taklimat media awal tahun ini memberitahu, kerajaan negeri sedang menunggu ulasan bertulis oleh pihak berkuasa pelabuhan mengenai cadangan projek terowong dasar laut.

Kajian kebolehlaksanaan projek itu sudah dibentangkan kepada exco kerajaan negeri pada Mac lalu selepas tertangguh selama empat tahun.

Bagaimanapun, kerajaan negeri hanya akan membuat keputusan mengenai pelaksanaan projek tersebut, sebaik sahaja menerima ulasan bertulis daripada Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang dan Penang Port Sdn Bhd yang sebelum ini menyatakan keraguan mengenai projek itu.

“Jadi, kami akan menunggu ulasan bertulis daripada dua agensi penting ini kerana terowong dasar laut tersebut akan berada di laluan kapal terbabit. Kedua-dua agensi sudah memberikan pandangan mereka kepada perunding projek ini,” katanya.

Chow berkata, semakan bertulis itu diperlukan bagi membolehkan kerajaan negeri membuat pertimbangan lanjut walaupun secara teknikal, dapatan menunjukkan projek terbabit boleh dilaksanakan.

Pada masa sama, dilaporkan kerajaan negeri tidak menolak pembinaan jambatan sebagai penghubung ketiga antara pulau itu ke tanah besar, bukan menerusi terowong.

Perkhidmatan feri membawa kenderaan dibatalkan kerajaan negeri dua tahun lalu dengan kini terdapat dua jalan utama menghubungkan pulau dan tanah besar, iaitu Jambatan Pulau Pinang dan jambatan kedua dikenali Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. - The Vibes, 14 Ogos 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar