web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


BNS Komited Siapkan Pembinaan Enam LCS TLDM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Aug 2022 8:26PM

Ketua Pegawai Eksekutif BNS Kapten (B) Azhar Jumaat berkata lima LCS sedang dibina secara serentak dengan kapal pertama sudah 60 peratus siap - Gambar Facebook Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LUMUT - Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) komited untuk menyiapkan pembinaan enam kapal tempur pesisir (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif BNS Kapten (B) Azhar Jumaat berkata lima LCS sedang dibina secara serentak dengan kapal pertama sudah 60 peratus siap manakala empat lagi masing-masing di peringkat 48, 43, 36 dan 22 peratus siap.

Beliau berkata bagaimanapun, pembinaan kapal keenam belum dimulakan.

“Daripada RM6 bilion yang diperuntuk bagi projek ini, sebanyak RM1.8 bilion dalam bentuk peralatan dan sistem telah dipasang pada kelima-lima kapal,” katanya semasa lawatan media ke limbungan dan gudang syarikat itu di sini hari ini. 

Azhar juga berkata kebanyakan peralatan yang disimpan di gudang tidak lapuk seperti didakwa dan masih boleh digunakan untuk projek itu.

Kapten (B) Azhar Jumaat bersama wartawan di Lumut hari ini - Gambar Facebook Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Kapten (B) Azhar Jumaat bersama wartawan di Lumut hari ini - Gambar Facebook Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Beliau berkata dakwaan itu tidak begitu tepat kerana terdapat peralatan yang berada dalam fasa usang namun belum lapuk.

"Sejumlah RM1.7 bilion peralatan dan sistem yang diperoleh disimpan di dalam gudang. Ia disimpan bagi tempoh yang lama dan memerlukan pemeliharaan dan penyelenggaraan semasa dalam simpanan.  Semua peralatan itu telah diperakui dan bukan lapuk serta boleh digunakan selama 25 tahun dari sekarang.

"Peralatan seperti set televisyen adalah untuk kegunaan pada waktu senggang dan tidak boleh dibandingkan dengan peralatan kritikal misi seperti senjata api serta peluru berpandu," katanya.

Azhar berkata demikian dalam reaksi terhadap laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berkaitan projek LCS iaitu 15 peratus daripada peralatan yang disimpan di dalam gudang telah lapuk.

Pada 5 Ogos lepas, dilaporkan bahawa BNS telah menawarkan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa untuk melaksanakan semua langkah yang perlu bagi memastikan projek LCS disiapkan demi kepentingan pertahanan negara.

Menurut syarikat itu, ia menyokong sepenuhnya langkah pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam salah laku susulan laporan PAC.

Semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mencadangkan agar beberapa individu yang dikaitkan dengan projek LCS bernilai RM9 bilion didakwa di mahkamah.

SPRM dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa ia telah melengkapkan beberapa kertas siasatan berhubung individu yang terlibat dalam projek kontroversi itu dan sudah merujuk kertas tersebut kepada Jabatan Peguam Negara (AGC). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

2

Semasa 2 tahun yang lalu

97.8 Peratus Projek Penyelenggaraan Tandas Sekolah Siap Sepenuhnya

3

Jelajah 2 tahun yang lalu

Fenomena Laut Terbelah Pulau Giam Tarik Ribuan Pengunjung

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kapal Tempur Pesisir Pertama Dijangka Turun Ke Air Pertengahan Tahun Ini

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad