web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Fenomena Laut Terbelah Pulau Giam Tarik Ribuan Pengunjung

Berlaku setiap tahun iaitu menjelang perayaan Tahun Baharu Cina, fenomena itu bermula dari jam 10 pagi hingga 12 tengah hari selama tiga hari berturut-turut

Jelajah Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Feb 2024 8:11PM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LUMUT - Fenomena laut terbelah susulan kemunculan beting pasir sepanjang lebih 400 meter di Pulau Giam di sini, bukan sesuatu yang baharu, namun ia sentiasa menarik kehadiran puluhan ribu pengunjung dari dalam dan luar negara pada pertengahan Februari setiap tahun.

Penolong Pegawai Tadbir (Unit Pengurusan Pulau Bebas Cukai) Majlis Perbandaran Manjung (MPM), Nur Aniessa Abd Aziz berkata, fenomena unik itu hanya berlaku sekali dalam setahun selepas air laut di kawasan berkenaan surut habis.

Beliau berkata, kebiasaannya fenomena itu akan berlaku menjelang perayaan Tahun Baharu Cina dan ia bermula dari jam 10 pagi hingga 12 tengah hari selama tiga hari berturut-turut.

"Fenomena yang berlaku ini antara tarikan utama pengunjung ke Pulau Pangkor kerana mereka boleh merasai sendiri serta merakam pengalaman berjalan kaki dari Pantai Teluk Nipah ke Pulau Giam bersama keluarga," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Nur Aniessa berkata, sepanjang merentasi tebing pasir berkenaan, pengunjung turut berpeluang melihat dan memegang hidupan akuatik seperti gamat emas, timun laut dan sebagainya.

Penolong Pegawai Tadbir Unit Pengurusan Pulau Bebas Cukai, Majlis Perbandaran Manjung, Nur Aniesa Abd Aziz menunjukkan timun laut yang ditangkap waktu air surut ketika menyeberang ke Pulau Giam.
Penolong Pegawai Tadbir Unit Pengurusan Pulau Bebas Cukai, Majlis Perbandaran Manjung, Nur Aniesa Abd Aziz menunjukkan timun laut yang ditangkap waktu air surut ketika menyeberang ke Pulau Giam.

"Ini (pengalaman melihat dan memegang hidupan akuatik) sedikit sebanyak memberi pengetahuan khususnya kepada kanak-kanak untuk mengetahui mengenai hidupan akuatik yang banyak terdapat di kawasan ini," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Nur Aniessa berkata, keunikan fenomena terbabit juga mula diketengahkan sebagai antara produk pelancongan di pulau bebas cukai itu sejak empat tahun lalu.

"Jadi, selepas reda COVID-19 kita mula buat hebahan tentang fenomena ini dan Alhamdulilah, impaknya kita nampak dengan bilangan pengunjung yang akan memenuhi pulau ini setiap kali menjelang perayaan Tahun Baharu Cina," katanya.

Selain itu, katanya, MPM berkolaborasi bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta polis bagi memastikan keselamatan para pengunjung terjamin semasa di lokasi tersebut.
Sementara itu, seorang pengunjung, Ahmad Fakiruddin Omar, 28, berkata, beliau bersama tiga rakan ke Pulau Pangkor atas urusan kerja, namun tidak menyangka berpeluang menikmati fenomena berkenaan.

Ahmad Fakiruddin berkata, mereka hanya mengetahui mengenai fenomena itu melalui pengusaha hotel tempat mereka menginap semalam selepas tiba ke lokasi berkenaan.

Pelancong dari dalam dan luar negara tidak melepaskan peluang menyeberang ke Pulau Giam, bagi merasai fenomena air surut yang berlaku pada pertengahan Februari setiap tahun.
Pelancong dari dalam dan luar negara tidak melepaskan peluang menyeberang ke Pulau Giam, bagi merasai fenomena air surut yang berlaku pada pertengahan Februari setiap tahun.

"Kebetulan ada masa yang terluang, jadi kami tak lepaskan peluang untuk merasai pengalaman merentasi tebing pasir ini. Amat menyeronokkan kerana kami dapat pegang sendiri timun laut yang banyak terdapat di sini," katanya.

Selain itu, pengunjung Lee Kam Seng, 34, yang berasal dari Selangor berkata, beliau ia dan isteri Lai Poh Lian, 30, sentiasa teruja menikmati fenomena tersebut walaupun itu adalah kali ketiga berturut-turut mereka berkunjung ke lokasi tersebut.

Katanya, faktor keselamatan antara perkara utama yang perlu dititikberatkan kerana sebarang kemungkinan boleh berlaku sekiranya pengunjung alpa. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Ribuan Penduduk Sanggup Beratur Beli Beras 5kg Harga RM1

3

Semasa 3 tahun yang lalu

BNS Komited Siapkan Pembinaan Enam LCS TLDM

4

Jelajah 4 tahun yang lalu

Fenomena Air Surut Gamit Pengunjung Ke Pulau Pangkor

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan