web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Fenomena Air Surut Gamit Pengunjung Ke Pulau Pangkor

Fenomena unik air laut surut ini membolehkan pelawat berjalan dari Pulau Pangkor ke Pulau Giam sejauh kira-kira 400 meter. Ia berlaku setiap tahun pada Februari dan musim perayaan Tahun Baharu Cina.

Jelajah Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Feb 2022 9:05AM

Pelancong tempatan berjalan kaki untuk ke Pulau Giam dari Pantai Teluk Nipah pada jarak 400 meter sedalam 0.4 meter ketika fenomena air surut di Pulau Pangkor hari ini. Gambar: Abdullah Mohd Yusof, Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Fenomena air laut surut sehingga membolehkan pelawat berjalan dari Pulau Pangkor ke Pulau Giam sejauh kira-kira 400 meter, menggamit kehadiran ramai ke kawasan ini untuk menyaksikan keunikan yang mempesonakan itu.

Fenomena itu membolehkan orang ramai berjalan dari pantai merentasi tengah laut pada kira-kira pukul 11 pagi berikutan kedalaman air ketika ini mencecah paras terendah, sekitar 0.2 meter sahaja.

Bagaimanapun keadaan itu hanya dapat dirasai selama sejam sahaja sebelum paras air kembali tinggi seperti biasa, mencecah empat meter; namun ia tidak menghalang kebanyakan penghujung merakam detik serta momen itu sebagai kenangan selain memuat naik ke laman media sosial masing-masing.

Seorang pengunjung Nor Fidah Roslan, 44, bersama lima sekeluarga yang datang dari Senawang, Negeri Sembilan ke Perak untuk tujuan perubatan, namun tidak melepaskan peluang merasai sendiri fenomena ini.

“Kami dengar sahaja sebelum ini dan kini dapat merasainya sendiri. Ternyata ia sangat berbaloi,” katanya ketika ditemui Bernama di lokasi berkenaan hari ini.

Seorang lagi pengunjung yang ditemui Norita Rusli, 48, turut berkongsi keterujaannya merentasi lautan itu, sanggup singgah ke Pangkor dari Gopeng, yang mengambil masa hampir sejam setengah.

"Disebabkan air dah mula naik ke paras peha, kami diarahkan untuk kembali ke kawasan darat kerana dikhuatiri berlaku perkara tidak diingini. Sungguhpun begitu, saya tetap gembira. Janji lepas hajat,” katanya.

Jurugambar sambilan Abdullah Mohamad, 36, juga tidak melepaskan peluang merakam gambar dan video fenomena itu untuk simpanan dan kenangan selain ditunjukkan kepada ahli keluarga di rumahnya di Kampung Sungai Rokam, Ipoh.

"Saya lihat di kawasan ini dipantau rapi dan diawasi oleh pasukan penyelamat bagi memastikan keselamatan kami terjaga. Kami sebagai pengunjung juga akur dengan arahan, kerana mereka lebih arif tentang hal ini," katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pulau Pangkor Shah Al Haffiz Mohd. Redzuan berkata pasukannya sudah bersiap siaga sejak 31 Jan lepas dengan melakukan pengawasan dan pemantauan sepanjang fenomena berlaku.

"Setiap pengunjung yang ingin merentasi laut akan dipantau bukan sahaja oleh pasukan bomba yang juga dianggotai oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA), malah ada juga pasukan penyelamat lain termasuk Angkatan Pertahanan Awam (APM), 'beach boy' dari Persatuan Rekreasi Pangkor, anggota Rela dan polis, bertugas memantau situasi di sini.

"Orang ramai akan diarahkan berpatah balik sebaik sahaja paras air semakin tinggi," katanya ketika ditemui di sini. - Bernama

Isu Pada

Jaclyn Victor - Mekar Melakar Masa Depan

19 Feb 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Cukai Perkhidmatan: Tiada Kenaikan Tambang Feri, Penginapan Di Marina Island

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Gangguan Bekalan Air Di Pangkor Pulih Sepenuhnya, Sedia Terima Pelancong - MB

3

Jelajah 2 tahun yang lalu

Fenomena Laut Terbelah Pulau Giam Tarik Ribuan Pengunjung

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Patuhi Arahan, CIQ Johor Bahru Dijangka Sesak Minggu Depan 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan