Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Penerbangan Terakhir Bawa Pulang Jemaah Haji Malaysia Tiba Hari Ini

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Aug 2022 1:38PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Operasi Musim Haji 1443H/2022M selesai tanpa sebarang insiden tidak diingini walaupun dalam situasi musim COVID-19 dan cuaca panas, dengan penerbangan membawa pulang kumpulan jemaah terakhir Malaysia tiba hari ini.

Menurut Lembaga Tabung Haji (TH), seramai 284 jemaah haji bagi kumpulan terakhir itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sekitar jam 1.30 tengah hari ini.

Pengerusi TH, Tan Sri Azman Mokhtar berkata, jemaah itu menaiki penerbangan Malaysia Airlines (MH 8351) yang berlepas dari Madinah semalam pada jam 11.10 malam (waktu Arab Saudi).

“Kesemua 14,305 jemaah haji Malaysia dan 340 petugas TH pulang ke tanah air menerusi 49 penerbangan carter haji Malaysia Airlines dan Saudi Airlines bermula 17 Julai sehingga 13 Ogos.

“Alhamdulillah, secara keseluruhannya, kami amat bersyukur operasi haji kali ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden besar tidak diingini walaupun dalam keadaan peralihan ke fasa endemik COVID-19, ditambah cuaca agak panas sehingga mencecah hampir 50 darjah celcius,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berada di KLIA bagi menyambut kumpulan jemaah tersebut bersama Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Amrin Awaluddin.

Yang turut hadir, Ketua Rombongan Haji 1443H merangkap Pengarah Eksekutif Haji TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman dan pengurusan kanan lembaga pengurusan haji itu.

Azman berkata, lebih membanggakan, pengurusan haji Malaysia diiktiraf kerajaan Arab Saudi sebagai antara terbaik.

“Jemaah kita juga menerima pujian atas disiplin, berpengetahuan dan penumpuan kepada ibadat haji sepanjang berada di Tanah Suci Makkah dan Madinah,” ujarnya.

Amrin Awaluddin pula berkata, TH akan sentiasa berusaha menambah baik perkhidmatannya kepada jemaah haji, selain penilaian atas semua aspek operasi tahun ini akan dilaksanakan segera sebagai persiapan awal operasi musim haji 1444H/2023M.

“Pada awal tahun ini, TH menganggarkan kos menunaikan haji bagi jemaah Muassasah adalah sebanyak RM25,540 seorang, namun kos haji sebenar meningkat kepada RM28,632 bagi seorang jemaah Muassasah.

“Antara faktor kenaikan kos di luar kawalan TH ini adalah peningkatan kos bagi perkhidmatan sedia ada, caj tambahan bagi kemudahan baru yang diberikan semasa Masyair, termasuklah fasiliti disediakan di khemah Arafah dan Mina, seperti kemudahan khemah serta tandas, sajian dan penggunaan bas baharu di Arab Saudi,” katanya.

Beliau berkata dengan peningkatan kos haji tahun ini, jemaah Muassasah kategori B40 menerima Bantuan Kewangan Haji sebanyak RM17,652 seorang (62 peratus daripada Kos Haji) daripada TH, manakala jemaah haji Muassasah bukan B40 diberikan Bantuan Kewangan Haji sebanyak RM15,652 seorang (55 peratus daripada Kos Haji).

“Bayaran haji untuk jemaah Muassasah B40 adalah sebanyak RM10,980, manakala bukan B40 ialah RM12,980 seorang,” jelasnya.

Sementara itu, Amrin berkata TH akan meneruskan Bantuan Kewangan Haji untuk tahun hadapan melalui pendekatan secara bersasar bagi memastikan ia dimanfaatkan sepenuhnya golongan paling memerlukan.

Ujarnya, bagi musim haji tahun 1443H/2022M, jumlah keseluruhan Bantuan Kewangan Haji adalah sebanyak RM185.7 juta.

Pada masa sama, beliau memaklumkan, pihak TH amat menghargai kesudian Arab Saudi yang sekali lagi memilih Malaysia untuk menjayakan Program Pra-Perlepasan Imigresen atau dikenali sebagai ‘Makkah Route’ bagi memudahkan perjalanan jemaah haji kita.

“TH berterima kasih kepada Kementerian Haji dan Umrah dan Kementerian Kesihatan Arab Saudi, Syarikat Tawafa Muasassah Asia Tenggara dan Muassasah Adila serta semua agensi yang memberi perkhidmatan terbaik kepada jemaah Malaysia di tanah suci.

“TH merakamkan penghargaan kepada semua pihak terlibat dalam operasi tanah air dan di tanah suci, antaranya pasukan Petugas Haji TH termasuk pasukan Kementerian Kesihatan (KKM) yang kekal komited memberikan khidmat terbaik, demi menjaga kebajikan jemaah haji sepanjang musim ibadah itu berlangsung.

“TH juga amat menghargai kerjasama diberikan Kedutaan Diraja Arab Saudi (di Kuala Lumpur), Jabatan Kastam, Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Malaysia Airports Holdings Berhad serta pelbagai agensi lain dalam menjayakan operasi haji tahun ini,” katanya. - Getaran, 13 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Kumpulan Pertama Jemaah Haji Dijangka Tiba Di Malaysia Rabu Ini

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Agong Zahir Penghargaan Kepada Arab Saudi Berjaya Urus 2 Juta Jemaah Haji

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Agong Prihatin Isu Ruang Sempit, Sesak Di Mina

4

Semasa 8 bulan yang lalu

2 Lagi Jemaah Haji Negara Meninggal Dunia

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

PJMR 2024 Dijangka Catat RM1.6 Juta Nilai Jualan – Ewon

Semasa 9 jam yang lalu

Muhyiddin Fail Permohonan Cabar Keputusan Mahkamah Rayuan Mengenai Salah Guna Kedudukan

Semasa 1 hari yang lalu

Penghantar Barang Ditahan Bersama 41.28kg Dadah, 300 Botol Vape Mengandungi Ganja

Semasa 2 jam yang lalu

Hina Agama Hindu: Zamri Vinoth Harus Segera Dihukum - MIC

oleh Sophia Ahmad