web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tahun 2022 Tapi Masih Ada Pelajar ‘Gadai Nyawa’ Naik Sampan Ke Sekolah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Aug 2022 12:14PM

Tangkap layar dari video yang dikongsi Syed Saddiq yang menunjukkan pelajar menaiki sampan untuk ke sekolah.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pendedahan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman baru-baru ini berhubung kisah sekumpulan pelajar di Sabah yang terpaksa menaiki sampan kecil dan sempit untuk ke sekolah, bukan sahaja mengejutkan, malah mengundang simpati orang ramai.

Perkongsian video dibuat Ahli Parlimen Muar itu di Twitter miliknya, mencetuskan kemarahan dan persoalan mengapa masih ada rakyat berdepan nasib sukar serta menyedihkan itu dalam keadaan negara sudah maju.

Menerusi video berdurasi 1 minit 48 saat itu, dipaparkan sekumpulan murid sekolah sedang beratur menunggu giliran untuk menaiki sampan kecil dan sempit menyeberangi sungai dengan berpakaian sekolah.

Ditambah Sabah dikenali sebagai negeri besar dengan khazanah bumi cukup banyak dan bernilai sehingga memberi sumbangan bukan sedikit kepada ekonomi negara, adakah keadaan itu wajar dirasai rakyatnya?

Syed Saddiq turut mempertikaikan rasa terkejut beliau dengan situasi terbabit dalam keadaan negara memperoleh pelbagai kemajuan.

Beliau turut mempersoalkan adakah kerajaan akan bertindak hanya apabila kisah sedih rakyat seperti itu ditularkan? 

“Kg (Kampung) Mangkabusu, Pitas Sabah. Pelajar nak ke sekolah, terpaksa naik sampan kecil dan sempit.

“Tahun 2022 masih ada situasi begini untuk anak murid kita.

“Berapa banyak lagi cerita pelajar Sabah yang kerajaan mahu kita tular, baru nak berkhidmat?,” tulisnya menerusi perkongsian itu.

Mengulas isu berkenaan, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Profesor Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan berkata, isu kedaifan infrastruktur di pedalaman Sabah dan Sarawak tidak sepatutnya berlaku seperti kisah pelajar terpaksa ‘bergadai nyawa’ untuk mendapatkan ilmu, seperti dikongsikan Syed Saddiq. 

Profesor Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan
Profesor Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan

Katanya, walaupun situasi itu dianggap situasi biasa atau lumrah harian pelajar terbabit, ia tidak boleh dipandang enteng dan wajar ditanggani memandangkan risikonya terhadap keselamatan mereka amat besar. 

Beliau berkata, senario tersebut juga sepatutnya tidak berlarutan memandangkan negara mendakap kemerdekaan sejak lebih 60 tahun lalu. 

“Isu (kekurangan infrastruktur dan pelajar menaiki sampan ke sekolah) tersebut perlu diselesaikan segera selaras dengan penekanan kerajaan bahawa pendidikan adalah sektor penting dan aksesnya wajib diberikan kepada setiap pelajar sebaik mungkin.

“Kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan (KPM), Kementerian Kerja Raya (JKR) dan kerajaan negeri perlu menangani isu infrastruktur ini segera bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku kepada pelajar serta guru di kawasan pedalaman. 

“Malah, isu ini perlu diteliti dengan serius supaya penambahbaikan dapat dilaksanakan dengan kadar segera demi kesejahteraan pelajar dan guru terbabit,” katanya kepada Getaran. 

Justeru, beliau memberikan beberapa cadangan, termasuk kerajaan perlu menubuhkan jawatankuasa khas bagi membuat penilaian secara teliti dalam isu tersebut. 

Berdasarkan penilaian dibuat jawatankuasa itu, katanya, KPM perlu mendapatkan peruntukan secukupnya bagi menyelesaikan masalah terbabit, sekali gus menyediakan infrastruktur terbaik demi masa depan pelajar. 

Mohamad Ali menegaskan, demografik Sabah dan Sarawak yang besar sepatutnya tidak menjadi alasan kepada kerajaan untuk mengatasi masalah itu, memandangkan rakyat negeri berkenaan juga adalah Keluarga Malaysia serta kebajikan mereka wajib dibela. 

“Kepada ahli politik, terutamanya dari wilayah terbabit perlulah insaf dengan tanggungjawab diberikan kepada mereka, malah ambil iktibar daripada cara pemimpin Islam terdahulu yang sanggup menyelami jerih perih rakyat tanpa mengira siang atau malam.

“Jangan apabila sudah mendapat pangkat, kamu duduk di kerusi empuk, kamu lupa tanggungjawab sebenar kepada rakyat,” sindirnya. 

Sementara itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil berpendapat, senario berkenaan adalah keadaan amat memilukan dalam keadaan negara semakin maju pada tahun 2022. 

Fahmi Fadzil
Fahmi Fadzil

Tegasnya, ketika orang ramai membincangkan mengenai teknologi 5G, MRT (Mass Rapid Transit) dan sebagainya, namun hakikatnya realiti sebenar kehidupan rakyat yang dilihat adalah seperti itu, ia amat menyentuh hati dan memilukan. 

Fahmi berkata, walaupun beliau bukan Ahli Parlimen berasal dari Sabah atau Sarawak, beliau memahami kesusahan rakyat dan berpendapat, isu seperti itu seharusnya dipandang serius semua pihak, terutamanya kerajaan Persekutuan serta kerajaan negeri. 

“Putrajaya sepatutnya perlu ubah perancangan dalam sektor pembangunan (membabitkan semua negeri), bukannya menumpukan sepenuhnya di Lembah Klang sahaja,” katanya.

Menurut Fahmi, beliau mengakui bahawa pembangunan di negeri adalah bidang kuasa kerajaan tempatan, namun kerajaan Persekutuan boleh memainkan peranan melalui JKR untuk menyediakan peruntukan secukupnya bagi membantu menaiktaraf atau membina infrastruktur baharu di kawasan terbabit.

“Kerajaan negeri tak kira di mana pun jika ada keadaan sebegitu perlulah bertindak proaktif untuk menyelesaikannya memandangkan yang menjadi mangsa adalah rakyat,” katanya. - Getaran, 13 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Kaamatan Bukan Sekadar Perayaan Budaya, Tapi Lambang Perpaduan - Fadillah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Bayaran Interim Geran Khas Sabah Dinaikkan Kepada RM1.5 Bilion - PM

4

Semasa 1 minggu yang lalu

PM Lawat Sabah Esok, Rasmi Pesta Kaamatan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad