web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 20 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


COVID-19: Kes Baharu Menurun, Catat 3,943 Kes, 4 Kematian Semalam

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Aug 2022 11:12AM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kes baharu COVID-19 menurun semalam apabila merekodkan 3,943 kes, berbanding 4,831 kes kelmarin.

Angka baharu itu menjadikan kumulatif kes COVID-19 dilaporkan di Malaysia adalah 4,728,168 kes setakat semalam.

Berdasarkan laman sesawang COVIDNOW, kes baharu itu membabitkan 3,942 kes penularan tempatan dan hanya satu kes import.

Selangor menjadi negeri tertinggi merekodkan kes jangkitan COVID-19 dengan 1,035 kes, disusuli Kuala Lumpur (953), Sabah (354), Perak (330), Negeri Sembilan (295), Melaka (168) dan Pulau Pinang (156).

Sarawak pula mencatatkan 129 kes, diikuti Johor (118), Kedah (103), Pahang (90), Kelantan (71), Putrajaya (69), Terengganu (40), Labuan (19) dan Perlis (13).

Kes kematian membabitkan jangkitan virus itu semalam adalah empat kes, termasuk satu kes kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

Jumlah itu menjadikan angka kematian akibat pandemik berkenaan meningkat kepada 36,070 kes, termasuk 7,668 kes BID setakat kini.

Sebanyak 45,375 kes aktif direkodkan setakat ini dengan 43,701 kes atau 96.3 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah, 31 kes (0.1 peratus) ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) dan 1,577 kes (3.5 peratus) menerima rawatan di hospital.

Manakala 66 kes ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 45 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Data menunjukkan, 4,645 kes sembuh direkodkan semalam, menjadikan sebanyak 4,646,723 kes pulih dicatatkan sejak virus itu direkodkan di Malaysia. - Getaran, 13 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 19 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 12 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar