web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ribut Terbangkan Bumbung Flat Rosmerah, 50 Keluarga Terjejas

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Aug 2022 9:58PM

50 kediaman di Flat Rosmerah Taman Johor Jaya terjejas akibat ribut dan hujan lebat yang berlaku selama dua jam pada kira-kira 1.30 tengah hari tadi - Gambar Facebook Mohd Jafni Md Shukor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - “Ketika itu saya cuma mampu menangis dan melaungkan azan selepas melihat bumbung rumah diterbangkan angin kencang.”

Demikian detik cemas diceritakan Rosliza Jaafar, 50, selepas rumahnya di Flat Rosmerah Taman Johor Jaya di sini, menjadi antara 50 kediaman yang terjejas akibat ribut dan hujan lebat yang berlaku selama dua jam pada kira-kira 1.30 tengah hari tadi.

Tinjauan Bernama mendapati bumbung di enam daripada 10 blok flat empat tingkat itu tercabut dan diterbangkan angin menyebabkan rumah mangsa dimasuki air dan kelengkapan rumah rosak, selain beberapa pokok turut tumbang dan menimpa kenderaan.

Kesemua 50 keluarga yang terjejas akan dipindahkan ke sebuah pusat pemindahan sementara di Dewan Johor Jaya, di sini.

Menceritakan lanjut, Rosliza berkata ketika kejadian dia sedang mengemas rumah sebelum dikejutkan dengan bunyi kuat dan melihat bumbung rumah jirannya diterbangkan angin.

"Mula-mula bumbung rumah jiran sebelah terbang, selepas itu saya tengok bumbung rumah saya pula terbang. Hujan masuk dalam rumah menyebabkan sampai sekarang masih digenangi air dan kejadian seumpama ini tidak pernah berlaku sejak 22 tahun saya tinggal di sini,” katanya yang bekerja di syarikat makanan segera.

Suri rumah Rohaizah Yahya, 48, pula berkata dia dan keluarganya masih terkejut dan trauma dengan insiden yang berlaku.

"Ketika kejadian, saya berada di dapur dan dengar bunyi angin. Bila dengar bunyi benda jatuh, saya terus dongak dan nampak putih sahaja sebab kabus dan hujan.

“Anak saya yang berada dalam bilik pula terus berlari ke arah saya sebab takut. Semua bilik dimasuki air dan kami terpaksa berlindung di dapur sebab di situ saja yang masih selamat," kata ibu kepada empat anak itu.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata beliau akan berbincang dengan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi untuk mendapatkan peruntukan segera bagi membantu mangsa.

"Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) menganggarkan sekurang-kurangnya RM1 juta diperlukan untuk membaiki kerosakan yang bukan sahaja melibatkan bumbung tetapi pendawaian elektrik kerana ada yang rosak.

“Kerja-kerja pembaikan mungkin mengambil masa lama tetapi apa yang penting ketika ini kita mahu bantu mangsa yang terjejas," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 18 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 18 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan