web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lindung, Pulihara Habitat Gajah Perlu Usaha Sama Semua Pihak - Takiyuddin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Aug 2022 5:11PM

Terdapat kira-kira 1,220 hingga 1,680 gajah di Semenanjung Malaysia dengan taburan populasi di tujuh negeri - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semua pihak diseru berganding bahu dalam usaha melindungi dan memulihara habitat gajah yang dikategori sebagai hidupan liar dilindungi sepenuhnya di dalam negara demi kesejahteraan hidup generasi kini dan akan datang.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata berdasarkan rekod Jabatan Perhilitan, sebanyak 3,325 aduan konflik manusia dan gajah telah dilaporkan dari 2015 hingga 2021, manakala sepanjang tahun ini setakat Jun lepas, sebanyak 435 aduan serupa dilaporkan.

“Kementerian Tenaga dan Sumber Asli melalui Jabatan Perhilitan memandang serius keperluan memastikan kelangsungan hidup gajah serta komited dalam mempergiatkan usaha konservasi gajah dan habitatnya,” katanya dalam kenyataan sempena sambutan Hari Gajah Sedunia hari ini.

Beliau berkata terdapat dua subspesies gajah di Malaysia iaitu Elephas maximus indicus yang terdapat di Semenanjung Malaysia dan Elephas maximus borneensis (Gajah Pygmy) yang terdapat di Sabah dengan masing-masing memerlukan kawasan keliaran antara 10 hingga 250 kilometer persegi.

Gajah Pygmy - Gambar Fail Bernama
Gajah Pygmy - Gambar Fail Bernama

Dari segi populasi, beliau berkata terdapat kira-kira 1,220 hingga 1,680 gajah di Semenanjung Malaysia dengan taburan populasi di tujuh negeri iaitu Kedah, Perak, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Takiyuddin berkata berdasarkan laporan Elephant Trade Information System (ETIS) tahun ini, Malaysia dikategorikan dalam Kategori B markedly affected by illegal trade in ivory, kedudukan lebih baik berbanding 2019 apabila Malaysia dikategorikan sebagai negara Kategori A primary concern.

Dalam usaha melindungi populasi haiwan itu, beliau berkata antara tindakan kerajaan ialah mengukuhkan keberkesanan perundangan dengan meminda Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 dan melaksanakan penguatkuasaan bersepadu bagi membanteras pencerobohan, pembalakan haram serta pemburuan hidupan liar.

Selain itu, bagi menangani konflik manusia dan gajah, usaha dilakukan termasuk menubuhkan pusat konservasi gajah di Pahang, Terengganu dan Johor; menjalankan program pemantauan pergerakan kumpulan gajah secara pemasangan kolar satelit dan membangunkan Sistem Pagar Elektrik Gajah (SPEG).

Di peringkat antarabangsa pula katanya, Malaysia serius dalam melaksanakan tindakan di bawah Pelan Tindakan Gading Kebangsaan (NIAP) sebagai komitmen untuk membanteras rangkaian perdagangan haram gading gajah. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Gajah Liar Ganggu Penduduk Ditangkap

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Perhilitan Johor Tangkap, Pindah 2 Gajah Rosakkan Tanaman Di Kluang

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Hati-Hati, Abang Besar Masuk Kampung

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Pekebun Di Mersing Resah Tanaman Sawit Musnah Diserang Gajah

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad