web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Isu LCS: ‘Cukup-Cukuplah Siasat, Dakwa Mereka Yang Bertanggungjawab’ - Anwar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Aug 2022 7:00AM

Anwar Ibrahim - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, pihak berkuasa sudah sepatutnya mendakwa mereka yang bertanggungjawab dalam skandal Kapal Tempur Pesisir (LCS) tanpa memerlukan siasatan susulan, memandangkan terdapat bukti kukuh berhubung perkara itu.

Presiden PKR itu berkata, pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak perlu menjalankan lebih banyak siasatan, sebaliknya segera mendakwa mereka yang terbabit.

“Terdapat rasuah besar di negara ini dan kita perlu menyelamatkan Malaysia.

“Sifat skandal tadbir urus Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan kini kerajaan Keluarga Malaysia sudah berterusan selama beberapa dekad dengan memberi kesan terhadap negara serta rakyat.

“Ini mesti dihentikan,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan pimpinan PKR dari Perlis, Kedah dan Pulau Pinang di Ibu Pejabat PKR negeri di Bayan Baru di sini, semalam.

Terdahulu, Anwar ditanya mengenai kenyataan SPRM yang memaklumkan pihak agensi itu sudah menyerahkan kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara, selain sedang menunggu arahan untuk mengambil tindakan undang-undang selanjutnya.

Anwar berkata, sepatutnya pihak terbabit tidak perlu menunggu lebih lama.

“Selalu seperti itu, kami akan menyiasat ini dan itu tetapi, pada akhirnya,...kita boleh bertindak terhadap mereka sekarang,” katanya.

Beliau berkata, rakyat mesti bersama-samanya dalam usaha memerangi rasuah, selain menegaskan isu penyelewengan terbabit tidak ada kesudahan sejak kes kapal selam Scorpene sehingga LCS kini.

Anwar juga mengalu-alukan cadangan daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) berhubung penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat skandal LCS.

Ahli Parlimen Port Dickson itu menambah, mereka yang kononnya memperjuangkan penyatuan Melayu atau ‘menjuarai’ agenda bangsa berkenaan adalah ‘golongan elit dan Melayu kaya’ yang turut terbabit dalam dakwaan rasuah.

Lebih RM6 bilion dilaporkan sudah dibelanjakan untuk projek LCS bagi membina enam kapal, tetapi tidak ada satu pun dihantar sehingga kini sejak projek itu dimulakan pada tahun 2013.

Pada 4 Ogos lalu, Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Wong Kah Woh berkata, syor bagi pihak pendakwaan adalah berdasarkan penemuan dalam beberapa laporan.

Selain PAC, laporan lain yang dihasilkan berhubung skandal itu adalah dikeluarkan Jawatankuasa Khas Penyiasatan Tadbir Urus, Pemerolehan Kerajaan dan Kewangan (JKSTUPKK) dan audit forensik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi kenyataannya kelmarin berkata, Kabinet bersetuju menyahklasifikasi laporan JKSTUPKK.

Beliau juga menegaskan, SPRM sudah memulakan siasatan lebih awal dan menggesa badan antirasuah itu mempercepatkan perkara terbabit.

Laporan PAC mengenai skandal LCS dilengkapkan selepas sembilan prosiding mengenai perkara itu diadakan antara 18 November 2020 dan 8 Mac tahun ini.

Selain lebihan kos, didapati Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sebagai pengguna akhir, diabaikan apabila pihaknya memberi maklum balas mengenai projek itu kepada kontraktor Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) – The Vibes, 12 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 21 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 2 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 6 hari yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 14 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik