web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


ETO Berlebihan, Aiskrim Haagen-Dazs Ditarik Dari Pasaran Malaysia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Aug 2022 6:05PM

Syarikat pengimport aiskrim berjenama Haagen-Dazs di Malaysia sudah menarik semula produk itu dari pasaran negara, selepas dilaporkan mengandungi Ethylene Oxide (ETO) berlebihan - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Syarikat pengimport aiskrim berjenama Haagen-Dazs di Malaysia sudah menarik semula produk itu dari pasaran negara, selepas dilaporkan mengandungi Ethylene Oxide (ETO) berlebihan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tindakan itu sudah diambil pihak terbabit secara sukarela, sejak isu terbabit dilaporkan dan kementerian sudah menerima notifikasi berhubung perkara terbabit sejak Julai lalu.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan (KKM) mengambil maklum mengenai isu penarikan balik produk aiskrim berjenama Haagen-Dazs dari pasaran Eropah kerana mengandungi bahan karsinogenik Ethylene Oxide (ETO), berdasarkan laporan notifikasi European Union Rapid Alerts Systems for Food and Feed (EURASAFF).

“Notifikasi tersebut menyatakan terdapat penarikan semula produk aiskrim buatan Perancis, mengandungi ekstrak vanila dari Madagascar yang dikesan mengandungi ETO melebihi tahap dibenarkan.

“Produk aiskrim tersebut juga diedarkan ke beberapa buah negara, termasuk Malaysia,” katanya.

Jelas Dr Noor Hisham, pemantauan berterusan turut dilaksanakan bagi memastikan produk terlibat tidak dipasarkan di negara ini.

“KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna,” katanya hari ini.

Beliau memberitahu, ETO adalah sebatian gas kimia bersifat karsinogenik dan sering digunakan bagi menjalankan fumigasi atau pewasapan untuk membunuh makhluk perosak seperti serangga.

Katanya, ia juga digunakan sebagai bahan aktif dalam produk pencuci, tetapi dilarang digunakan pada permukaan yang menyentuh makanan.

“Sekiranya pengguna masih ragu-ragu berhubung penjualan produk berjenama terbabit, mereka boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah terdekat.

“Mereka juga boleh menyalurkan pertanyaan melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau menerusi Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq,” katanya. – Getaran, 11 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Jual Kanta Lekap Tidak Berdaftar, KKM Keluar 12 Notis Amaran

2

Semasa 8 bulan yang lalu

97 Kluster Jangkitan Influenza Dikesan Pada ME 40/2025

3

Semasa 8 bulan yang lalu

KKM Tawar Pemeriksaan Menyeluruh, Sokongan Psikososial Kepada Sukarelawan GSF

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 4 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 12 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad