web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lebih 9,000 Pasport Yang Dimohon Secara Dalam Talian Tidak Dituntut

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Aug 2022 5:25PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Lebih 9,000 Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) telah dicetak tetapi masih tidak dituntut oleh individu yang memohon dan memperbaharui pasport berkenaan secara dalam talian, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud. 

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang telah membuat permohonan PMA untuk mengambilnya dengan segera di pejabat pengeluar pasport seluruh negara bagi mengelak pasport berkenaan dibatalkan. 

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata rakyat Malaysia yang telah memperbaharui pasport secara dalam talian perlu menuntut segera dokumen berkenaan bagi mengelak daripada dilupuskan dalam tempoh 90 hari.

Khairul Dzaimee dalam kenyataan sama turut memaklumkan waktu operasi baharu bagi semua pejabat pengeluar PMA dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Semenanjung Malaysia berkuat kuasa 15 Ogos ini berikutan trend statistik permohonan PMA yang semakin berkurangan pada sesi malam.

Pejabat pengeluar PMA di semua negeri dan cawangan beroperasi bermula 8 pagi hingga 7 malam  pada hari bekerja kecuali bagi negeri Perlis, Pahang, Terengganu dan Kedah yang beroperasi mulai 8 pagi hingga 5 petang

Sementara itu, pejabat pengeluar PMA di semua negeri dan cawangan pula beroperasi bermula 8 pagi hingga jam 12.30 tengah hari pada hari Sabtu kecuali bagi Perlis, Pahang, Terengganu dan Kedah.

Pejabat UTC pula beroperasi dari 8 pagi hingga 9 malam pada hari bekerja kecuali bagi negeri Perlis, Pahang, Terengganu dan Kedah beroperasi dari 8 pagi hingga 5 petang.

Semua pejabat UTC termasuk Perlis, Pahang, Terengganu dan Kedah beroperasi dari 8 pagi hingga 5 petang pada hujung minggu.

Sebelum ini, waktu pengoperasian di enam pejabat pengeluar pasport dan kaunter Jabatan Imigresen dipanjangkan hingga 10 malam manakala enam lagi telah dilanjutkan hingga 6 petang sejak 11 Mei lepas bagi mengatasi kesulitan rakyat Malaysia dalam mendapatkan PMA.

Enam premis yang dipanjangkan waktu operasi hingga 10 malam ialah Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka, manakala Pulau Pinang, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu dan Perlis dilanjutkan hingga 6 petang. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad