web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 19 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Larangan Penghantaran Makanan Di Hospital Sungai Buloh Ditarik Balik Serta-Merta - Pengarah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Aug 2022 4:30PM

Penarikan balik larangan yang sebelum ini ditetapkan menerusi memo bertarikh kelmarin itu berkuat kuasa serta-merta - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pengurusan Hospital Sungai Buloh menarik semula semua larangan berhubung penghantaran makanan menggunakan perkhidmatan dalam talian untuk petugas dan pesakit di hospital itu.

Pengarah Hospital Sungai Buloh, Dr Kuldip Kaur Prem Singh berkata, penarikan balik larangan yang sebelum ini ditetapkan menerusi memo bertarikh kelmarin itu, berkuat kuasa serta-merta.

“Pihak Pengurusan Hospital Sungai Buloh ingin memaklumkan dengan lebih lanjut berkenaan memo dalaman hospital ini bertajuk ‘Larangan Menggunakan Khidmat Penghantaran Makanan Secara Dalam Talian Untuk Kakitangan dan Pesakit Di Hospital Sungai Buloh’ bertarikh 9 Ogos 2022 yang tular di media sosial sejak 10 Ogos 2022.

“Adalah dimaklumkan bahawa, pihak pengurusan Hospital Sungai Buloh dengan ini menarik balik semua larangan ditetapkan dalam memo bertarikh 9 Ogos 2022 berkenaan, berkuat kuasa serta-merta.

“Terima kasih diucapkan atas segala maklumbalas dan pandangan dikemukakan,” katanya hari ini.

Kuldip Kaur berkata, pihak pengurusan hospital itu akan kekal komited dan prihatin dengan keperluan, kebajikan serta kesejahteraan kakitangan dan pesakit di institusi kesihatan berkenaan.

Semalam, Gerakan Hartal Doktor Kontrak membidas Kementerian Kesihatan (KKM) berhubung larangan penghantaran makanan untuk kakitangan dan pesakit di Hospital Sungai Buloh.

Menerusi Twitter gerakan terbabit, ia menegaskan, langkah itu disifatkan tidak sensitif terhadap kakitangan yang mungkin berdepan kesukaran mendapatkan makanan di kawasan hospital ketika bertugas melebihi waktu kerja standard.

“Logik KKM, larang penghantaran makanan seperti Grab dan Foodpanda untuk kakitangan serta pesakit. Mungkin juga patut larang makan supaya tidak ada bahan buangan dihasilkan.

“Mungkin mereka yang membuat keputusan ini sudah lupa rasa lapar ketika dipanggil bertugas,” kata jurucakap gerakan itu.

Menerusi perkongsian sama gerakan terbabit, ia memaparkan gambar memo berhubung larangan itu yang dilaporkan dikeluarkan pengarah hospital berkenaan.

Malah, memo itu memaklumkan bahawa keputusan berkenaan sudah dicapai semasa mesyuarat dengan semua Ketua Jabatan pada 26 Julai lalu.

Pekeliling tersebut juga memaklumkan, larangan ke atas semua penghantaran makanan dalam talian di kawasan hospital terbabit adalah disebabkan banyak aduan diterima mengenai sisa makanan dan sampah, selain kehadiran haiwan perosak di wad hospital.

Bagi menunjukkan sikap ‘kompromi’, memo itu turut menyatakan perkhidmatan kafeteria di kawasan hospital akan ditambah baik untuk memenuhi keperluan kakitangan dan orang ramai. – Getaran, 11 Ogos 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 13 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar