web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'Bulk Order' Lebih Murah, CEO LTAT Pertahan Kos Bina 6 LCS

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Aug 2022 3:48PM

Ahmad Nazim berkata sebahagian besar perbelanjaan adalah untuk reka bentuk asas dan reka bentuk terperinci yang dibuat Naval Group di Perancis, dengan perkembangan gerak kerja semasa adalah sekitar 55 peratus. - Gambar dari Facebook Nazim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas beberapa hari skandal kapal tempur pesisir pantai (LCS) heboh diperkatakan, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Datuk Ahmad Nazim Abd Rahman akhirnya bersuara mengenai perkara itu.

Ahmad Nazim menjelaskan, kerajaan membelanjakan RM6 bilion untuk membeli hampir kesemua peralatan yang diperlukan untuk membina enam kapal LCS itu kerana ‘bulk order’ atau pesanan pukal lebih murah berbanding pembelian secara berperingkat.

Menurut beliau, sebahagian besar perbelanjaan adalah untuk reka bentuk asas dan reka bentuk terperinci yang dibuat Naval Group di Perancis, dengan perkembangan gerak kerja semasa adalah sekitar 55 peratus.

Ahmad Nazim Abd Rahman - Gambar Bernama
Ahmad Nazim Abd Rahman - Gambar Bernama

Ahmad Nazim yang mula menerajui LTAT 15 Jun tahun lalu turut mempertahankan kos pembinaan LCS itu dengan membandingkan perbelanjaan dikeluarkan Mesir, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Amerika Syarikat (AS) untuk tujuan tersebut.

“RM9 bilion untuk enam kapal di bawah kontrak asal bermakna, harga satu kapal lebih kurang RM1.5 bilion.

“Mesir membelanjakan hampir RM1.9 bilion untuk satu kapal LCS mereka yang dibuat di Perancis. UAE juga belanja hampir RM1.9 bilion (untuk) satu LCS. US membina LCS mereka pada harga RM2.4 bilion sebiji sebab lebih canggih,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

 

LCS 1. Saya terlibat secara langsung dalam menggubal pelan pemulihan projek LCS bersama-sama MINDEF dan TLDM baru-baru...

Posted by Nazim Rahman on Tuesday, August 9, 2022

Tegas beliau, Boustead Holding Bhd terpaksa mengambil alih PSC-Naval Dockyard Sdn Bhd selepas kegagalan projek penswastaan pembinaan kapal Tentera Laut, sekali gus menyaksikan syarikat itu turut menanggung hutang bank yang besar.

Tambahnya, sebahagian daripada wang LCS terpaksa digunakan untuk membayar hutang lapuk PSC dan maklumat itu turut dinyatakan dalam laporan Jawatankuasa Kira-Kira (PAC).

Bagaimanapun Ahmad Nazim berkata, projek ini terhenti pada 2019 atas pelbagai faktor tetapi diputuskan untuk disambung semula oleh kerajaan pada 22 April berdasarkan opsyen paling murah.

“Keputusan ini dibuat dengan mengambil kira tiga opsyen. Ia mencakupi pelan penstrukturan semula Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) yang diteliti kerajaan di pelbagai peringkat, termasuk Jawatankuasa Kabinet yang mengambil masa selama lapan bulan.

“Projek ini turut membuka peluang kerja teknikal dan kejuruteraan kepada hampir 3000 jurutera, lebih 400 vendor tempatan dalam pelbagai bidang dengan nilai projek lebih RM4 bilion dan ribuan lagi pekerjaan,” katanya.

Dalam masa sama, beliau memaklumkan turut terlibat secara langsung dalam menggubal pelan pemulihan projek LCS bersama Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) baru-baru ini.

“Saya sudah berkali-kali turun ke Lumut Shipyard yang terletak di dalam pangkalan TLDM dan melawat projek LCS. Saya boleh sahkan pembinaan fizikal kapal memang sedang berlangsung.

“Kalau naik bot ke Pangkor pun boleh nampak ‘hull’ kapal-kapal ini yang sebahagian besarnya sudah dibina,” katanya.

Ujarnya lagi, di bawah kontrak sekarang, pembinaan keenam-enam kapal perlu dibuat secara serentak (concurrently).

“Bukan bina satu, deliver (hantar) satu. Lumut Shipyard besar dan ada kapasiti untuk pembinaan enam kapal sekali harung,” katanya.

Kontroversi perolehan LCS oleh kerajaan kembali menjadi polemik susulan pembentangan laporan siasatan PAC di Parlimen, yang menyenaraikan sembilan rumusan sebagai punca kepincangan projek pembinaan enam LCS bagi kegunaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bernilai RM9 bilion.

Laporan itu menjelaskan kerajaan sudah membayar RM6.083 bilion untuk projek lima kapal LCS kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) bagi projek rundingan terus itu, namun tiada kapal diterima setakat ini.

Projek LCS bermula pada 2011 ketika negara ditadbir bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan diluluskan ketika Datuk Seri Dr Ahmad Zahid menyandang portfolio Menteri Pertahanan. - Getaran, 10 Ogos 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 7 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan