web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gol Kemenangan Baddrol Pastikan Sabah FC Terus ‘Hantui’ JDT

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Aug 2022 6:46AM

Penyerang Sabah Jose Embalo (kiri) diasak pemain Sarawak dalam perlawanan malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sabah FC terus memberi cabaran hebat dalam persaingan merebut kejuaraan Liga Super selepas mencatat kemenangan 1-0 ke atas Sarawak United FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu, malam tadi.

Bekas pemain tengah skuad kebangsaan Baddrol Bakhtiar muncul wira pasukan apabila menanduk masuk bola hantaran lintang rakan sepasukan Saddil Ramdani pada minit ke-63 yang menjadi gol kemenangan skuad Sang Badak.

Sabah berpeluang menambah jaringan, namun percubaan Taiki Kagayama pada minit ke-71 hanya singgah di palang selepas ditepis penjaga gol Taufiq Ar Rasyid Johar yang menyaksikan perlawanan berkesudahan 1-0 sekali gus memberi tiga mata berharga kepada pasukan tuan rumah.

Skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee itu kini berada di tangga kedua selepas mengumpul 34 mata dalam 15 aksi, hanya ketinggalan satu mata di belakang pendahulu Johor Darul Ta’zim (JDT) yang selesa menerajui takhta liga dengan kurang dua perlawanan.

Di Stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi, Negeri Sembilan FC meraih kemenangan ketiga berturut-turut selepas mengatasi Penang FC 3-2 sekali gus mengukuhkan kedudukan di tangga ketiga dengan mengumpul 29 mata selepas 15 perlawanan.

Pada aksi berlangsung sengit itu, Penang terlebih dahulu berada di depan apabila ketua pasukan Lucas Silva meledak gol keempatnya musim ini selepas menanduk masuk sepakan percuma rakan sepasukan, Muhamad Faizat Mohamad Ghazli pada minit ke-27.

Negeri Sembilan hanya memerlukan lapan minit selepas itu untuk menyamakan kedudukan selepas rembatan Zamri Pin Ramli pada minit ke-35 gagal diselamatkan penjaga gol Shafiq Afifi Suhaimi sebelum jaringan menarik Matheus Alves meletakkan pasukan tuan rumah pula di depan pada minit ke-59.

Penang enggan mengalah dan berjaya menyamakan kedudukan hasil penyudah T Saravanan pada minit ke-81, namun Herold Goulon mudah meledak gol kemenangan Negeri Sembilan pada minit ke-85 selepas menggunakan kelebihan fizikalnya untuk mengawal bola sebelum melepaskan rembatan padu dalam kotak penalti.

Sementara itu, Sri Pahang FC turut melakar kemenangan ketiga berturut-turut selepas menundukkan Petaling Jaya (PJ) City FC 3-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Tiga gol Sri Pahang masing-masing dijaringkan Abdul Malik Mat Ariff pada minit ke-27, Steven Rodriguez (minit ke-45) dan Manuel Hidalgo pada minit ke-90 untuk memastikan pasukan membawa pulang tiga mata dan naik tiga anak tangga ke kedudukan keenam, mengumpul 17 mata.

Dalam pada itu, saingan Liga Premier menyaksikan jaringan tunggal Nabil Ahmad Latpi pada minit ke-66 memastikan PDRM FC menewaskan Selangor 2 FC  1-0 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras manakala Kuching City FC dan Johor Darul Ta’zim II (JDT II) seri 0-0 di Stadium Negeri di Kuching. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 4 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Liga Super: JDT Berpesta Gol Tewaskan Penang FC 5-0

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 8 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad