web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 19 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Suarakan Kemarahan Terhadap Zionis, Tegakkan Keadilan Di Palestin - Anwar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Aug 2022 7:00AM

Anwar Ibrahim - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semua pihak digesa bersatu menyuarakan kemarahan bagi mengutuk kekerasan Israel terhadap Palestin susulan siri terbaru serangan mereka, beberapa hari lalu.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan terus bersuara dan membantah sekerasnya semua kezaliman itu sehingga keadilan berjaya ditegakkan di bumi Palestin.

Menurut beliau, jaminan tersebut diberikan dalam pertemuan bersama Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali.

“Menerusi pertemuan berkenaan, kami sepakat dan menzahirkan kebimbangan terhadap penerimaan masyarakat global ke atas kezaliman dilakukan rejim Zionis, khususnya oleh negara yang tidak mengambil kira suara rakyat Palestin dalam usaha meraih penyelesaian diplomatik bagi konflik Israel-Palestin.

“Kegagalan mereka melihat percanggahan yang jelas terbukti susulan sokongan terhadap kezaliman Zionis adalah satu kegilaan.

“Saya tidak percaya usaha ini mampu menghasilkan penyelesaian jangka panjang, melainkan isu utama iaitu hak asasi penduduk Palestin diberi perhatian sewajarnya,” katanya.

Beliau yang juga Presiden PKR berkata demikian dalam satu hantaran di Facebook, sebagai mengulas serangan terbaru Israel ke atas Palestin, beberapa hari lalu.

Ahli Parlimen Port Dickson itu turut mengutuk tindakan 1,000 penduduk Israel yang menyerbu perkarangan masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Ahad lalu, dan menyifatkan provokasi terbabit satu pencabulan ke atas undang-undang antarabangsa.

“Siri serangan ke atas masyarakat Kristian serta kawasan suci mereka beberapa bulan kebelakangan ini membuktikan keangkuhan Israel yang jelas tidak menghormati sentimen dimiliki penganut agama Islam dan Kristian.

“Serangan terbaru Israel ke atas Palestin bukan sahaja meragut nyawa tidak berdosa termasuk 15 kanak-kanak, ia turut menyebabkan kerosakan besar prasarana dan memutuskan sepenuhnya bekalan elektrik di Semenanjung Gaza.

“Saya amat berdukacita,” katanya.

Serangan tersebut jelas Anwar, sudah menjadi rutin sehingga ia tidak disedari komuniti antarabangsa yang sedia ‘sibuk’ dengan pelbagai konflik dan krisis.

Zionis katanya, mengambil kesempatan atas kelemahan ditonjolkan sekutu Palestin untuk meneruskan kezaliman mereka, kononnya bagi menghapuskan pengganas demi merealisasikan matlamat menakluk bumi suci tersebut secara keseluruhan.

“Demi semua rakyat Palestin dan saudara kita di sana, saya akan terus membawa rayuan mereka bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan pemimpin lain, sehingga hak dan kedaulatan negara itu dikembalikan,” katanya. - Getaran, 10 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 13 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

2

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

3

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 11 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini