web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dadah RM1.38 Juta Dirampas, Bekalan Dari Pantai Timur – PDRM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Aug 2022 7:23PM

Polis merampas 38.1 kilogram (kg) dadah jenis methamphetamine yang dianggarkan bernilai RM1.38 juta. - Gambar ihsan PDRM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemeriksaan rambang terhadap kenderaan di perkarangan kondominium dekat Jalan Sultan Ismail, di sini, semalam, membawa kepada penemuan 38.1 kilogram (kg) dadah jenis methamphetamine yang dianggarkan bernilai RM1.38 juta.

Dalam kejadian itu, anggota polis ketika menjalankan rondaan cegah jenayah di kawasan terbabit pada mulanya melihat Honda City dan Toyota Vellfire yang berada dalam keadaan mencurigakan pada jam 1.20 tengah hari.

Antara suspek yang ditahan untuk membantu siasatan. - Gambar ihsan PDRM
Antara suspek yang ditahan untuk membantu siasatan. - Gambar ihsan PDRM

Pemeriksaan mendapati terdapat dua lelaki dalam Honda City manakala Toyota Vellfire itu pula dinaiki tiga individu termasuk dua wanita.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pemeriksaan lanjut menemui empat kotak berisi paket kecil dadah jenis methamphetamine dalam but belakang Honda City seberat 38.1 kg.

"Kesemua dadah bernilai RM1.38 juta itu dirampas bersama 1.7 gram methamphetamine milik seorang daripada suspek.

"Hasil soal siasat mendapati dadah itu dipercayai dibawa dari Pantai Timur dan bakal diserahkan kepada ahli sindiket untuk dibawa ke lokasi lain," katanya hari ini.

Susulan penemuan jelas beliau, polis berjaya menahan seorang lagi suspek lelaki di Jalan Chendana di sini, pada 6.15 petang, hari yang sama.

"Kesemua suspek yang ditahan berusia antara 20 hingga 49 tahun dan mereka dipercayai terbabit secara langsung dalam kegiatan pengedaran dadah.

"Semakan mendapati dua daripada mereka mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah, manakala hasil ujian saringan air kencing pula mendapati tiga suspek positif dadah jenis methamphetamine," katanya.

Noor Dellhan berkata, polis turut menyita wang tunai berjumlah RM1,900 serta dua kenderaan yang digunakan dalam kejadian tersebut.

“Kesemua suspek direman tujuh hari bermula hari ini hingga 15 Ogos depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. - Getaran, 9 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

3

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

4

Semasa 2 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar