web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kes Terowong Dasar Laut: 'Saya Minta Balik RM19 Juta' - Saksi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Aug 2022 5:01PM

Lim berdepan pertuduhan pindaan menggunakan kedudukan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menerima rasuah dalam membantu syarikat milik Zarul Ahmad mendapatkan projek pembinaan bernilai RM6,341,383,702. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang pengarah syarikat memberitahu Mahkamah Sesyen hari ini bahawa beliau cuba mendapatkan semula RM19 juta yang diberikan kepada orang tengah, yang didakwa rapat dengan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi menghentikan siasatan ke atas projek terowong bawah laut Pulau Pinang yang kontroversi.

Pengarah Consortium Zenith Construction Sdn Bhd (CZCSB) Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli, 62, berkata beliau menghantar surat tuntutan (LOD) kepada orang tengah yang dikenali sebagai G. Gnanaraja itu melalui peguamnya daripada Tetuan Shahrul Hamidi & Haziq untuk mendapatkan semula wangnya.

"Saya tidak ingat perkataan yang tepat (dalam LOD). Intipati LOD ialah saya mahu balik RM19 juta saya," katanya ketika disoal peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Lim Guan Eng, sama ada beliau sedar perkataan 'dipegang atas amanah' ditulis dalam LOD.

Gobind: Untuk mendapatkan kembali wang anda, anda mesti menjelaskan mengapa ia ada dengannya (Gnanaraja). Anda mengarahkan peguam anda menghantar LOD. Dalam LOD tertulis wang itu 'dipegang atas amanah'.

Zarul: Saya beri wang itu kepada Gnanaraja, kononnya untuk diberikan kepada perdana menteri. Anda (Gobind) kena tanya peguam saya. Saya hanya memberitahu peguam saya untuk mendapatkan balik wang saya. Saya tidak tahu bagaimana peguam saya menyatakan dalam LOD.

Menjawab soalan lain, saksi pendakwaan ke-23 itu berkata beliau tidak tahu mengenai siasatan kedua terhadap Gnanaraja, yang menafikan dia menipu Zarul sebanyak RM19 juta.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin memberitahu mahkamah bahawa pihak pendakwaan tidak dapat mengemukakan mesej WhatsApp antara saksi dan Gnanaraja, seperti yang diminta oleh pihak pembelaan kerana kertas siasatan berhubung kes Gnanaraja telah dicarik.

Gobind kemudian meminta telefon yang mengandungi mesej WhatsApp itu dibuka di mahkamah.

Hakim Azura Alwi membenarkan permohonan peguam itu dan berkata mahkamah akan menetapkan tarikh kemudian untuk menghubungi pasukan forensik bagi membuka telefon semasa prosiding.

Prosiding hari ini disingkatkan selepas saksi mengadu tidak sihat kerana mengalami tekanan darah tinggi, denyutan jantung yang laju dan diminta oleh doktornya supaya berjumpa pakar kerana keadaannya itu.

Perbicaraan bersambung esok.

Lim, 61, berdepan pertuduhan pindaan menggunakan kedudukan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menerima rasuah RM3.3 juta dalam membantu syarikat milik Zarul Ahmad bagi mendapatkan projek pembinaan bernilai RM6,341,383,702.

Lim didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Tingkat 28, Komtar, George Town antara Januari 2011 hingga Ogos 2017.

Bagi pertuduhan pindaan kedua, Lim didakwa meminta suapan daripada Zarul Ahmad sebanyak 10 peratus daripada keuntungan diperoleh syarikat itu, sebagai penghargaan mendapatkan projek tersebut.

Perbuatan itu didakwa dilakukan berhampiran The Garden Hotels, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City di sini pada Mac 2011.

Lim, juga berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah bernilai RM208.8 juta milik kerajaan Pulau Pinang dilupuskan kepada dua syarikat yang didakwa mempunyai kaitan dengan projek terowong dasar laut itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 17 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 3 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 18 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 17 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam