Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 4 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Malaysia Rekod Kadar Pengangguran Terendah Sejak Krisis COVID-19 Pada Jun 2022

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Aug 2022 3:22PM

Trend jangka panjang kadar pengangguran negara adalah di sekitar 3.4 peratus (purata bagi tempoh 2011-2021). - Gambar fail Petra News

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR: Kadar pengangguran terus menunjukkan trend menurun kepada 3.8 peratus pada Jun 2022, terendah sejak pandemik COVID-19 melanda negara.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata bilangan penganggur berkurang kepada 630,600 orang berbanding 3.9 peratus atau 637,700 orang pada bulan Mei 2022.

Memetik Statistik Tenaga Buruh Malaysia Jun 2022 yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, Mustapa berkata negara telah mencapai guna tenaga penuh sejak bulan April 2022 iaitu kadar pengangguran di bawah 4.0 peratus berdasarkan definisi yang ditetapkan oleh Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD).

Justeru katanya kedudukan tenaga buruh lebih stabil berikutan peningkatan dalam bilangan tenaga buruh dengan pertambahan 0.2 peratus kepada 16.57 juta orang berbanding 16.54 juta orang pada Mei 2022, dan menurutnya kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB) bulan itu kekal pada 69.5 peratus.

"Pencapaian pasaran buruh pada Jun 2022 adalah selaras dengan aktiviti ekonomi semasa yang lebih kukuh susulan peralihan ke fasa endemik di seluruh negara. Permintaan terhadap buruh telah meningkat, sekali gus ini membuka lebih banyak peluang pekerjaan dalam pasaran," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mustapa berkata beberapa petunjuk utama ekonomi juga menunjukkan prestasi menggalakkan, seperti jumlah pedagangan yang meningkat 43.4 peratus pada Jun 2022 kepada nilai tertinggi baharu RM270.4 bilion dengan eksport mencatat peningkatan 38.8 peratus kepada RM146.2 bilion.

Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) pula berkembang 12.1 peratus pada Jun 2022, tertinggi sejak Mei 2021, dengan semua komponen mencatat pertumbuhan positif.

Melihat kepada perkembangan ini, Mustapa yakin ekonomi negara akan terus berkembang tahun ini pada kadar yang disasarkan, iaitu di antara 5.3 peratus dan 6.3 peratus.

"Trend jangka panjang kadar pengangguran negara adalah di sekitar 3.4 peratus (purata bagi tempoh 2011-2021).

"Dengan mengambil kira pelbagai petunjuk ekonomi utama yang menggambarkan momentum pemulihan yang lebih baik dan jangkaan lebih banyak peluang pekerjaan akan diwujudkan, kadar pengangguran dijangka akan bergerak ke trend jangka panjang," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

2

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

3

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

4

Arab Saudi Nasihat Umat Islam Tidak Terpedaya Iklan Haji Palsu Di Media Sosial

5

Terengganu Langkah Kanan, Syafiq Ahmad Jaring Gol Terpantas Di Selayang

6

25 Tahun PKR: Hayati Perjuangan, Jangan Alpa Kuasa Dimiliki - Anwar

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Pelancong Jerman Lemas Di Pulau Perhentian

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Raja Permaisuri Ucap Selamat Hari Guru Kepada Warga Pendidik

Singapura 8 jam yang lalu

PM Singapura Bercakap Dengan Anwar, Pemimpin Lain Pada Hari Pertama Bertugas

Semasa 1 hari yang lalu

Pengurup Wang Didakwa Bunuh Lelaki