web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Skandal LCS: Najib Berhenti Kelirukan Rakyat!

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Aug 2022 1:48PM

Ambrin, Mohamad, Chin Tong; Panglima Angkatan Tentera Jeneral, Tan Sri Ariffin Buang; Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Reza Sany dan pegawai-pegawai kanan kementerian memberi taklimat berhubung LCS kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 11 Februari 2020. - Gambar ihsan Mohamad Sabu

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak digesa agar berhenti mengelirukan rakyat dengan menyebarkan dakwaan tidak benar berhubung isu projek kapal tempur pesisir pantai (LCS).

Dalam satu kenyataan bersama, mantan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dan mantan Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong menafikan dakwaan Najib bahawa projek LCS terbengkalai kerana kerajaan Pakatan Harapan (PH) menangguhkan projek tersebut pada September 2019.

Kedua-dua pemimpin itu yang menerajui Kementerian Pertahanan ketika pentadbiran PH turut menyangkal dakwaan Najib yang mengatakan projek LCS hanya dapat diteruskan semula pada April 2022 selepas terhenti selama dua tahun akibat pandemik COVID-19.

“Projek LCS telah mengalami kelewatan sejak 2016. Reka bentuk terperinci yang sepatutnya siap pada November 2016 belum lagi dimuktamadkan sehingga hari ini.

“Kerajaan PH membuat keputusan mengenai hala tuju projek ini pada Februari 2022 berpandukan cadangan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) tetapi kerajaan jatuh pada bulan itu juga,” katanya.

Jelasnya, Najib sedang cuba mengelirukan rakyat dan menyalahkan kerajaan PH walaupun beliau dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bertanggungjawab atas kegagalan projek LCS kerana meluluskannya tanpa rundingan teliti dengan pakar terdahulu.

Mengulas lanjut, Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu turut mencadangkan penubuhan JKSTUPKK dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang pertama beliau sertai dalam tempoh kurang dua minggu selepas mengangkat sumpah jawatan Menteri Pertahanan pada 21 Mei 2018.

Menurut kenyataan itu lagi, kerajaan PH sudah berusaha menyelamatkan projek LCS dengan Pengerusi JKSTUPPK, Tan Sri Ambrin Buang membentangkan laporan siasatan projek terbabit kepada Kementerian Pertahanan pada 20 Ogos 2019.

“Pegawai kementerian, pihak Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan pihak kontraktor juga berusaha mencari jalan penyelesaian,” katanya.

Dalam pada itu, kenyataan tersebut turut memaklumkan, Ambrin, Mohamad, Chin Tong; Panglima Angkatan Tentera Jeneral, Tan Sri Ariffin Buang; Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Reza Sany dan pegawai kanan kementerian memberi taklimat kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 11 Februari 2020.

Tambahnya, sesi terbabit turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali yang juga mantan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan.

Dalam mesyuarat tersebut, Dr Mahathir memutuskan mereka yang melakukan salah laku mesti dibawa ke muka pengadilan, pasukan pengurusan Boustead Naval Group (BNS) dirombak serta projek LCS dianggap sebagai projek sakit dan akan menerima suntikan kewangan untuk mengganti semula dana yang disonglap.

“Kementerian Pertahanan diarahkan untuk membentangkan kertas Jemaah Menteri dalam masa terdekat.

“Malangnya, apa yang dirancang tidak berlaku berikutan Langkah Sheraton yang menjatuhkan kerajaan PH,” katanya.

Kenyataan bersama tersebut turut mendedahkan garis masa projek tersebut yang membuktikan bahawa kerajaan Pakatan Harapan bukan punca projek LCS lambat. - Getaran, 9 Ogos 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad