Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


5 Sebab PM Perlu Adakan Sidang Khas Parlimen Bahas Skandal LCS

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 09 Aug 2022 12:08PM

Steven Sim Chee Keong - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob digesa memanggil satu sidang khas Parlimen bagi membahaskan laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berkaitan kegagalan perolehan kapal tempur pesisir pantai (LCS).

Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong berkata, laporan PAC tersebut telah dibentangkan di Dewan Rakyat pada 4 Ogos lalu, iaitu hari terakhir mesyuarat kedua Parlimen tahun ini.

Justeru katanya, Ahli Parlimen tidak mempunyai masa secukupnya untuk membaca dan membangkitkan isu yang terkandung dalam laporan terbabit.

“Saya menyeru kepada Perdana Menteri agar tidak melindungi rakan dalam parti beliau dan memikirkan kepentingan negara dengan memanggil satu sidang khas Parlimen untuk membahaskan skandal LCS ini secara telus dan terbuka,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Steven yang juga Setiausaha Organisasi DAP turut menyenaraikan lima sebab mengapa sidang khas Parlimen itu perlu diadakan.

Pertama, jelasnya, isu itu melibatkan penyelewengan wang rakyat berjumlah RM9.1286 bilion di mana RM6.083 bilion telah dibelanjakan tanpa sebarang penghantaran LCS seperti dijanjikan.

Menurut beliau, LCS pertama sepatutnya dihantar pada April 2019 tetapi hanya siap 44 peratus.

Katanya lagi, LCS kedua, ketiga dan keempat dijadualkan dihantar pada Februari, Mac dan Oktober 2021 tetapi masing-masing hanya siap 35 peratus, 32 peratus dan 27 peratus.

“Manakala LCS kelima sepatutnya dihantar pada bulan ini, tetapi hanya siap sekitar 16 peratus,” katanya.

Steven turut menegaskan sidang khas itu perlu diadakan memandangkan isu tersebut berkaitan dengan keselamatan dan kedaulatan negara.

Katanya, perkara itu berlaku di mana aset Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bukan sahaja tidak memenuhi spesifikasi dikehendaki malah kegagalan penghantaran LCS berpotensi memberi kesan buruk kepada keupayaan agensi terbabit dan mendatangkan ancaman kepada keselamatan negara.

“Ketiga, isu ini berkaitan kegagalan pengurusan dan salah guna kuasa kerajaan termasuk oleh mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mantan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan juga Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

“(Ini) dalam perihal memberikan tender tanpa usaha wajar (due diligence) memastikan kemampuan syarikat kontraktor menyiapkan kerja, menerima syarat yang tidak memihak kepada kerajaan, mengenepikan keputusan bersama TLDM dan melantik syarikat pembekal yang sudah pun terpalit dengan kes rasuah antarabangsa,” katanya.

Selain itu beliau berkata, isu ini juga melibatkan pengurusan kewangan yang bermasalah menyebabkan hampir 70 peratus pembayaran telah dibuat secara keseluruhan namun tiada sebarang penghantaran kapal sehingga sekarang.

Katanya, tindakan itu akan menyebabkan projek tersebut berisiko menjadi projek terbengkalai.

Malah Steven berkata, isu yang dibangkitkan dalam laporan PAC itu turut menjadi topik perbincangan hangat di media massa dan media sosial.

“Najib menggunakan Facebook untuk menyerang PAC, justeru lebih baik untuk Ahli Parlimen, menteri dan mantan menteri yang terlibat dalam projek dan laporan berkaitannya, merungkai perbezaan pendapat masing-masing di Dewan Rakyat.

“Perbahasan Ahli Parlimen di Dewan Rakyat tentang isu berkepentingan awam dan negara dapat mengangkat kembali fungsi dewan yang mulia itu sebagai satu institusi semak dan imbang terhadap pentadbiran kerajaan,” katanya.

Tambah beliau lagi, isu ini turut membabitkan keputusan Kabinet untuk meneruskan projek tersebut melalui Projek Pelan Pemulihan LCS pada April 2022, melibatkan menteri pertahanan sama ketika masalah perolehan LCS terbabit berlaku sebelum ini.

“Dewan Rakyat juga perlu membincangkan bagaimana projek yang begitu penting itu boleh diteruskan dengan lancar jika menteri sama masih menggalas tanggungjawab untuk meneruskan projek tersebut.

“Transparency International Malaysia (TI-M) menyamakan skandal LCS seperti skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan mengatakan bahawa kerajaan hari ini mempunyai reputasi buruk dalam menyeleweng wang pembayar cukai,” katanya. - Getaran, 9 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 1 bulan yang lalu

Strategi Baharu Akan Dirangka Pastikan Bakat TVET Relevan - Steven Sim

2

Semasa 3 bulan yang lalu

ABMS Jadi Panduan KSM Perkukuh Tadbir Urus, Tangani Risiko Rasuah

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Syed Saddiq Jangan Alih 'Tiang Goal' Isu Sebenar LCS, Permohonan MUDA Bersama PH Perlu Dinilai

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Prosiding LCS: PAC Rakam Keterangan 3 Saksi

Sorotan

1

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

2

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

3

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

4

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

5

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

6

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

7

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

Semasa 21 jam yang lalu

Malaysia Kesal UNSC Gagal Iktiraf Palestin Sebagai Anggota Penuh PBB

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Gunung Ruang Meletus: Malaysia Airlines Batal 10 Penerbangan Hari Ini

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Perubahan Iklim, Musim Tengkujuh Punca Kemusnahan Terumbu Karang - Pakar

oleh Diyana Nawwar