Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Pinda, Laksana RUU Baharu Lindungi Anak Lahir Luar Negara

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Aug 2022 11:00AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa mewujudkan Rang Undang-Undang (RUU) baharu bagi memberi keadilan kepada kanak-kanak dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan warga asing untuk mendapat kewarganegaraan negara ini.

 Setiausaha Agung Organisasi Kemanusiaan Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim berkata, wujud keperluan agar undang-undang sedia ada disemak semula disebabkan akta ketika ini dilihat berat sebelah walaupun ia bersifat kemanusiaan.

Hishamuddin Hashim
Hishamuddin Hashim

Menurut beliau, ia perlu diteliti dan dikaji dengan terperinci supaya pelaksanaannya tidak mendiskriminasi golongan wanita yang berkahwin dengan warga asing di luar negara jika berjaya direalisasikan kerajaan.

“Kita perlu membawa satu usul baharu kepada kerajaan agar undang-undang baharu dapat diwujudkan serta dibentangkan agar ia mampu memberikan hak kepada wanita bagi memberi pilihan kepada anak mereka untuk menjadi warganegara Malaysia.

“Saya rasa rakyat secara keseluruhannya akan bersetuju dengan perkara ini kerana amat tidak logik apabila kita mendiskriminasi wanita dari sudut hendak memberi taraf kewarganegaraan. Kalau anak lelaki (bapa warganegara Malaysia) boleh dapat kerakyatan, kenapa wanita tak boleh?

“Memang tidak masuk akal tetapi isunya adalah kerana undang-undang sedia ada sudah begitu. Jadi perlu ada satu usaha daripada kerajaan khususnya setelah mengetahui perkara terbabit yang sememangnya wajar dibawa ke Parlimen,” katanya kepada Getaran.

Dalam pada itu, Hishamuddin berkata, pelbagai pihak, khususnya gabungan bukan kerajaan (NGO) serta masyarakat awam perlu bersama memberi tekanan kepada kerajaan agar dasar sedia ada mampu digantikan dengan RUU baharu.

Malah katanya lagi, dasar sedia ada dilihat sudah terlalu ‘lapuk’ namun berupaya menjadi RUU lebih mesra rakyat dan berperikemanusiaan jika kerajaan melaksanakan pindaan dan mewujudkan akta baharu dalam menangani isu tersebut.

“Sebagai contoh, jika jodoh wanita itu tidak panjang, dia perlu balik ke Malaysia dan bagaimana hendak mendidik serta membesarkan anak dengan masalah dokumentasi serta perlu bergantung menggunakan pasport di samping perlu menghantar anaknya ke sekolah antarabangsa.

“Ini dasarnya pada saya tidak prihatin rakyat memandangkan undang-undang sememangnya perlu dipinda dari semasa ke semasa. Mungkin zaman dulu dunia masih tertutup, tidak ramai wanita ke luar negara. Namun sekarang ramai dah temui jodoh dan bekerja di sana,” katanya.

Bagaimanapun Hishamuddin berkata, beliau menghormati dan akur dengan keputusan mahkamah dalam hal itu.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya, Dr Farah Nini Dusuki berkata, keputusan tersebut amat memedihkan serta memanjangkan kesengsaraan dialami golongan ibu, kanak-kanak dan ahli keluarga yang terkesan.

Dr Farah Nini Dusuki
Dr Farah Nini Dusuki

Tegasnya, kanak-kanak itu berkemungkinan menjadi ‘stateless’ iaitu tiada warganegara dan akan terdedah kepada pelbagai kesulitan seperti kesukaran memperbaharui visa pelajar mahupun pas pelawat yang tempohnya terlalu singkat.

“Mereka juga tidak mendapat akses terus kepada empat hak asas bagi seorang kanak-kanak iaitu kelangsungan hidup, perkembangan, perlindungan dan penyertaan.

“Kanak-kanak itu juga akan sering mengalami tekanan dengan berkemungkinan dihantar keluar negara apabila gagal mendapat visa diperlukan.

“Mereka juga mungkin perlu keluar terus dari negara ini apabila mencapai umur 18 tahun di samping terpisah daripada ahli keluarga yang berbeza status dengan dirinya,” katanya.

Namun beliau yakin wanita yang gagal dalam rayuan tersebut akan merayu ke Mahkamah Persekutuan sebagai jalan terakhir untuk memperjuangkan hak mereka.

“Usaha advokasi untuk menuntut pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan perlu dipergiatkan secara lebih agresif agar ibu-ibu ini diletakkan setara dengan bapa warganegara Malaysia,” katanya. - Getaran, 9 Ogos 2022

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di 3 Negeri Meningkat Sedikit Kepada 748 Orang Malam Tadi - NADMA

Semasa 1 hari yang lalu

Orang Ramai Perlu Berani Lapor Kes Dera – Nancy

Politik 1 hari yang lalu

Mahir Merancang Ekonomi, Prestasi Amirudin Beri Kelebihan Untuk PH Kuasai KKB

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Panggilan ‘Scam’ Tahun Lalu Meningkat Lebih 100 Peratus