Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tipu Pakej Umrah: Pengarah Urusan Dihukum Penjara 10 Tahun

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Aug 2022 8:00PM

Misbahalmunir Omar didapati bersalah atas 23 pertuduhan dan bagi setiap pertuduhan hukuman dikenakan penjara 10 tahun. Semua hukuman berjalan serentak. - Gambar Astro Awani

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUNGAI PETANI - Seorang pengarah urusan syarikat dihukum penjara 230 tahun selepas didapati bersalah atas 23 pertuduhan melibatkan penipuan pakej umrah ke Makkah dan ziarah ke Mesir antara tahun 2015 hingga 2016.

Hukuman itu dibuat Majistret Arif Mohamad Shariff selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap Misbahalmunir Omar, 56 tahun di Mahkamah Majistret Sungai Petani pada Isnin.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan dan membenarkan semua hukuman dijalankan secara serentak bermula dari tarikh sabitan kes.

Selain itu, mahkamah turut mengecualikan tertuduh daripada hukuman sebatan kerana telah berusia lebih 50 tahun dan membenarkan permohonan pihak pembelaan menangguhkan hukuman berkenaan kerana akan melaksanakan proses rayuan berkaitan sabitan dan hukuman ke Mahkamah Tinggi.

Untuk itu, mahkamah memutuskan untuk menetapkan jaminan RM88,000 dengan seorang penjamin dan tertuduh perlu menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah sehingga selesai proses rayuan.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh yang juga pengarah urusan syarikat Raudah Mawaddah Travel & Tours Sdn Bhd telah melakukan urusan bagi melaksanakan rombongan umrah dan ziarah dengan seorang individu pada tahun 2015.

Individu berkenaan, Amzari Halim yang juga pengadu, seorang perunding dan mutawwif umrah telah diminta memasukkan wang secara berperingkat ke dalam akaun bank yang diberikan tertuduh bagi pembelian tiket perjalanan pergi dan balik.

Bagaimanapun, tiada pemakluman daripada kepada pengadu yang menyatakan bahawa syarikatnya telah gulung tikar sejak 14 Januari 2015 atas perintah Mahkamah Tinggi Alor Setar.

Selain itu, tertuduh turut meminta pengadu memasukkan wang peserta ke dalam akaun bank milik tertuduh, isterinya dan pekerja-pekerja syarikat tersebut.

Kesemua 56 transaksi dilakukan dalam tempoh 23 hari antara 2 November 2015 hingga 28 Januari 2016 dengan jumlah keseluruhan bernilai RM434,250 membabitkan 202 peserta.

Tertuduh juga telah menghantar itinerari tiket bagi kesemua peserta pengadu yang mana penerbangan dijadualkan pada 29 dan 30 Januari 2016.

Namun, setelah tiba di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur, kesemua itenari tiket yang dibekalkan tertuduh tidak sah pada hari kejadian dan tidak wujud sebelum laporan polis dibuat.

Tertuduh kemudian dihadapkan di Mahkamah Majistret Sungai Petani pada 26 Jun 2018 dan dikenakan dengan 23 pertuduhan memperdayakan pengadu untuk memasukkan wang yang dikutip daripada 202 peserta berjumlah antara RM2,000 hingga RM36,600 antara 2 November 2015 hingga 28 Januari 2016.

Kesemua kesalahan itu dilakukan di beberapa lokasi di sekitar Kedah, Johor, dan Selangor. - Astro Awani

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Aidilfitri: Keluarga Dibenar Lawat Penghuni Penjara Pada Raya Ketiga, Keempat

2

Video & Galeri 3 minggu yang lalu

Susuk Tubuh Yang Tinggi Curi Tumpuan Jemaah Umrah

3

Video & Galeri 4 minggu yang lalu

Jutaan Umat Islam Menunaikan Umrah Sempena Ramadan

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Ditipu Penjual Barangan Terpakai, Suri Rumah Rugi Lebih RM30,000

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Semasa 20 jam yang lalu

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Lemas Ketika Bercuti Di Air Terjun Sekayu

Semasa 12 jam yang lalu

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya