web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Saya Akan Dedah LCS Tak Ubah Seperti 1MDB, ‘Masaklah Najib’… - Rafizi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Aug 2022 5:14PM

Rafizi Ramli - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli bersedia mendedahkan skandal penyelewengan projek pembinaan enam kapal tempur (LCS) bernilai RM9 bilion.

Beliau memberi bayangan bahawa modus operandi projek tersebut tidak ubah seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dilakukan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. 

Katanya, beliau juga akan mendedahkan satu persatu penyelewengan terhadap pembinaan LCS pada bulan ini, termasuk syarikat palsu yang ditubuhkan untuk melarikan wang.

“Modus operandi tak ubah macam 1MDB dahulu. Masaklah Najib kali ni. Biar dia jawab bagaimana pertahanan negara jadi lemah semasa dia jadi Perdana Menteri, selama ini dia fitnah semua orang jual aset negara konon.

“Saya harap kawan-kawan netizen setia ikuti kandungan daripada saya dalam sebulan ke arah Hari Kemerdekaan ini. Kali ini Perdana Menteri Facebook seperti ‘buku bertemu ruas’,” katanya menerusi kenyataan dan hantaran Facebook.

 

Saya sudah baca putar alam #SayaPutarJib yang ditulis admin Najib Razak untuk cuci tangan skandal RM9 bilion kapal...

Posted by Rafizi Ramli on Saturday, August 6, 2022

Rafizi turut menempelak Najib yang menyalahkan Pakatan Harapan (PH) dalam isu LCS menerusi hantaran di Facebook.

“Saya sudah baca putar alam #SayaPutarJib ditulis admin Najib Razak untuk cuci tangan skandal RM9 bilion kapal perang. Lemah sangat putar alam Najib kali ni.

“InsyaAllah kali ini, Perdana Menteri Facebook ni akan kena sebab dia tidak boleh lari dalam hal skandal kapal perang ni. 

“Akhirnya akan balik kepada dia juga. Sepupu dia pun akan cepat-cepat tuding jari kat dia untuk selamatkan diri,” katanya. 

Terdahulu, Najib menuduh PH semasa menjadi kerajaan pada tahun 2018, melewatkan projek dan membekukan ia sepenuhnya pada 2019.

Menurut Najib, projek berkenaan masih berjalan semasa pemerintaan Barisan Nasional (BN) dan kapal pertama sepatutnya diserahkan pada tahun 2019.

“Pandemik pula menimpa pada tahun 2020 dan 2021. Akhirnya projek baharu dipersetujui untuk disambung pada April 2022. Jadi, bagaimana pula kapal boleh siap?

“PH lewatkan projek pada tahun 2018, bekukan projek pada tahun 2019, lalu tanya kenapa tiada sebarang kapal diserahkan pada tahun 2022?

“Projek ini bukan tidak pernah disiasat. Ianya disiasat jawatankuasa ditubuhkan PH pada tahun 2018. Boustead juga membuat laporan SPRM pada Disember 2020 untuk menyiasat projek ini,” kata Najib. – Getaran, 7 Ogos 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 7 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar