web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 8 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pengaruh Rakan Sebaya, Kerelaan Sendiri Penyebab Individu Terjebak Rempit

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Aug 2022 7:31PM

Kajian itu membabitkan 300 mat rempit tegar berusia 16 hingga 27 tahun di lima kawasan sekitar Johor Bahru, Seri Alam, Kulai, Skudai dan Iskandar Puteri. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Pengaruh rakan sebaya dan kerelaan diri sendiri merupakan penyebab utama seseorang individu itu terjebak dengan aktiviti mat rempit.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seri Alam DSP Mohd Roslan Mohd Tahir berkata ia merupakan hasil dapatan kajian yang dilakukan pihaknya selama tiga tahun bagi mengetahui faktor seseorang itu terbabit lumba haram.

Menurut beliau menerusi kajian itu seramai 300 mat rempit tegar berusia 16 hingga 27 tahun di lima kawasan sekitar bandar raya ini, Seri Alam, Kulai, Skudai dan Iskandar Puteri ditemu bual dan didekati.

"Selama ini masing-masing menunding jari, mencari kesalahan (punca masalah mat rempit) ada yang menyalahkan kerajaan, keluarga dan masyarakat.

Hasil daripada kajian melibatkan koresponden mat rempit tegar yang ditemu bual secara personal. Ia bukanlah salah kerajaan, penguatkuasa atau keluarga kerana (hasil kajian yang dilakukan) mendapati ia adalah salah diri sendiri dan paling penting penemuan saya ialah 90 peratus adalah pengaruh rakan sebaya," katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Buku "Rempit Barah Dalam Masyarakat - Salah Siapa?" di sini hari ini.

Mohd Roslan berkata masalah mat rempit boleh ditangani sekiranya pihak kerajaan menerusi badan-badan tertentu berterusan mengadakan program seperti kempen kesedaran.

"Antara penyelesaian kita dapat buat mungkin pihak berkuasa boleh mengadakan program untuk pemuda melalui kempen kesedaran...ibu bapa juga perlu main peranan untuk memberi nasihat," katanya.

Beliau yang menghasilkan buku "Rempit Barah Dalam Masyarakat - Salah Siapa?" yang dilancarkan hari ini berkata kajiannya mengenai mat rempit dibukukan menerusi penulisan pertamanya itu.

Mohd Roslan berkata buku berkenaan yang dijual RM30 senaskah menceritakan mengenai mat rempit secara keseluruhannya dan hasil-hasil kajian yang diperoleh.

"Mungkin buku ini tidak dibaca oleh mereka yang terjebak mat rempit, mungkin kawan-kawan mereka, jadi saya harap ia boleh memberi kesedaran dorongan sekali gus mereka dapat tahu apa impaknya kepada diri sendiri," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Dakwaan Sabotaj Negara: PDRM Ambil Keterangan 3 Individu - KPN

2

Semasa 6 bulan yang lalu

‘PDRM Tak Perlu Siasat Siapa Yang Kritik Saya’ - Anwar

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Cawangan Khas PDRM Agensi Perisikan Pertama Berjaya Bongkar Sel Kumpulan JI - Ayob Khan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Benz Ali, Gerakbudaya Tunggu Perkembangan Kes Rampasan Buku

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 44 minit yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 34 minit yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad