web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


FB Nurul Izzah Dibanjiri Ucapan Tahniah Selepas Kembali Bergelar Isteri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Aug 2022 6:26PM

Nurul Izzah Anwar mendirikan rumah tangga dengan pilihan hati, Yin Shao Loong, malam tadi. - Gambar dari Facebook Nurul Izzah Anwar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perkahwinan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar dengan pilihan hatinya, Yin Shao Loong mendapat perhatian ramai selepas majlis akad nikah mereka berlangsung, malam tadi.

Media sosial kecoh selepas The Vibes melaporkan khabar gembira itu lewat malam tadi dengan ramai mengucapkan tahniah kepada pasangan pengantin baharu berkenaan.

Rakan Nurul Izzah dari PKR dan gabungan Pakatan Harapan (PH), serta ramai lagi, membanjiri ruang komen hantaran di Facebooknya untuk mengucapkan selamat berbahagia kepada mereka.

Antaranya Hannah Yeoh (Segambut), Vivian Wong (Sandakan), Sim Tze Tzin (Bayan Baru), Hassan Abdul Karim (Pasir Gudang) dan Teo Nie Ching (Kulai).

Netizen juga tidak melepaskan peluang mendoakan pasangan itu agar dikurniakan cinta dan kebahagiaan sepanjang hayat.

Beberapa individu, mungkin peminat Nurul Izzah, berpura-pura patah hati untuk menerima hakikat bahawa beliau sudah dimiliki.

Ada yang menggelar ibu kepada dua anak itu sebagai “Puteri Reformasi”,  gelaran diberikan kepada beliau dari awal pembabitan dalam politik pada akhir 1990-an, selepas bapanya Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat daripada kerajaan.

Nurul Izzah, 42, adalah anak sulung kepada Ketua Pembangkang dan Presiden PKR, Anwar dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Majlis akad nikah itu diadakan secara tertutup di kediaman keluarga tersebut di Bandar Sg Long, Kajang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Medan, Syamsul Firdaus Mohamed Supri turut berkongsi rakaman video ringkas majlis perkahwinan itu di media sosial.

 

KENYATAAN MEDIA NURUL IZZAH ANWAR DAN YIN SHAO LOONG NIKAH 5 OGOS 2022 بسم الله الرحمن الرحيم Pada petang 5 Ogos...

Posted by Nurul Izzah Anwar on Friday, August 5, 2022

Shao Loong, 46, ialah penyelidik bersekutu kanan di Institut Penyelidikan Khazanah.

Beliau pernah berkhidmat sebagai pengarah komunikasi strategik di Pejabat Menteri Besar Selangor semasa Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menerajui negeri itu.

Shao Loong juga pernah berkhidmat sebagai pengarah eksekutif Institut Pemikir PKR yang diketuai Nurul Izzah.

Beliau pernah berkahwin dengan Pengarah Filem, Tan Chui Mui. 

Bagaimanapun, pasangan yang mempunyai seorang anak lelaki itu bercerai dua tahun lalu.

Nurul Izzah, 42, pula berkahwin dengan ahli perniagaan Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim di kediaman ibu bapanya di Segambut pada 2003 tetapi bercerai pada 15 Januari 2015.

Mereka dikurniakan dua anak iaitu seorang perempuan berusia 15 tahun manakala yang lelaki pula berusia 13 tahun.

Seorang rakan keluarga terdekat berkata, Anwar yang juga Ketua Pembangkang dan Wan Azizah amat gembira untuk Nurul Izzah dan merestui perkahwinan itu dengan mengadakan majlis akad nikah di kediaman mereka.

“Keluarga sangat gembira kerana Izzah telah menemui kebahagiaan semula. Kami mendoakan perkahwinan mereka berdua diberkati Allah,” katanya. - Getaran, 6 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

Anwar Sahkan Rafizi Hadir Mesyuarat MPP PKR

2

Politik 1 tahun yang lalu

‘Kemenangan Ini Amanah Besar, Wakili Suara Ramai’ - Afdlin Shauki

3

Politik 2 tahun yang lalu

2 Timbalan Menteri Dilantik Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR

4

Politik 2 tahun yang lalu

PRK KKB: Fahmi Sangkal Dakwaan PKR Tak Bantu Kempen Calon Kerajaan Perpaduan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 4 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan