web statsweb stats

Berita Terkini

1 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PDRM Nafi Dalang Di Sebalik Akaun Media Sosial ‘Promosi Kerajaan’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Aug 2022 10:59AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan pihaknya menjadi ‘dalang’ dan mempunyai kaitan di sebalik kewujudan akaun media sosial yang mempromosi kerajaan, selain mengkritik pembangkang.

Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, PDRM memandang serius dakwaan itu yang dibuat sebuah syarikat teknologi.

“PDRM memandang serius laporan pihak syarikat Meta Platforms Incorporated mendakwa terdapat akaun palsu di media sosial yang ‘mempunyai hubungan dengan PDRM’.

“PDRM menafikan dakwaan tersebut dan sedang mengumpul maklumat lanjut mengenainya,” katanya menerusi kenyataan.

Semalam, Meta menerusi laporan Quarterly Adversarial Threat Report mendakwa PDRM menggiatkan usaha bagi mempromosi gabungan kerajaan hari ini dan mengkritik pembangkang.

Dalam Quarterly Adversarial Threat Report itu, Meta mendakwa hampir 1,000 akaun Facebook dan Instagram, selain kumpulan serta halaman Facebook, dipadam kerana melanggar dasar platform terhadap ‘tingkah laku tidak sahih yang diselaraskan’ (CIB).

Meta menyifatkan tingkah laku tersebut sebagai menggunakan akaun palsu yang diselaraskan untuk memanipulasi perdebatan awam bagi matlamat strategik.

Laporan itu memaklumkan, rangkaian terbabit terdiri daripada sekurang-kurangnya 596 akaun, 180 halaman dan 11 kumpulan daripada Facebook serta 72 akaun Instagram, dengan jumlah keseluruhan hampir setengah juta pengikut.

Rangkaian itu aktif di Facebook, TikTok, Twitter dan Instagram serta ‘menyiarkan meme dalam bahasa Melayu untuk menyokong gabungan kerajaan semasa dengan dakwaan berlaku rasuah dalam kalangan pengkritiknya’.

Di Facebook khususnya, rangkaian itu mengendalikan laman yang berperanan sebagai entiti berita bebas dan ‘mempromosikan polis sambil mengkritik pembangkang’.

Malah, laporan itu mendapati kira-kira AS$6,000 (RM26,739) dibelanjakan untuk pengiklanan di Facebook dan Instagram.

Susulan dakwaan itu, beberapa pihak, termasuk Ketua Penerangan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Luqman Long dan Pengerusi Biro Media Sosial DAP, Syahredzan Johan mendesak kerajaan serta PDRM memberikan penjelasan. - Getaran, 6 Ogos 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 20 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 21 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar