web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


MUDA, DAP Tuntut Penjelasan Kerajaan, PDRM Isu Laporan Meta

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Aug 2022 9:05AM

Manipulasi maklumat di dalam media sosial adalah satu kesalahan dan ancaman terhadap keselamatan negara - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) didesak memberikan penjelasan berhubung pendedahan laporan ‘Quarterly Adversarial Threat Report’ oleh syarikat teknologi Meta, semalam.

Ketua Penerangan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Luqman Long berkata, terdapat dua persoalan penting yang memerlukan penjelasan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan PDRM berkaitan isu tersebut.

“Pertamanya, adakah dakwaan Meta, sebuah syarikat multinasional adalah tidak benar? Sekiranya tidak benar, adakah ada tindakan yang akan diambil terhadap mereka.

“Keduanya, jika dakwaan ini benar, apakah alasan PDRM untuk mewujudkan akaun palsu yang bergerak secara aktif menyerupai aktiviti operasi ‘tingkah laku tidak sahih yang diselaraskan’ (CIB) di Israel dan Rusia,” katanya kepada Getaran.

Menurut beliau, CIB adalah sejenis aktiviti memanipulasi maklumat kepada pengguna media sosial termasuklah Facebook.

Katanya, Meta telah mengambil tindakan ke atas tiga operasi CIB di peringkat global dengan satu daripadanya berpangkalan di Malaysia.

“Malangnya, operasi CIB di Malaysia didakwa ada kaitan dengan PDRM sebagai operator walaupun ada cubaan untuk menyembunyikan identiti dilakukan.

“Manipulasi maklumat di dalam media sosial adalah satu kesalahan dan ancaman terhadap keselamatan negara. Insiden Cambridge Analytica adalah satu contoh bagaimana manipulasi maklumat telah mengancam demokrasi sesebuah negara,” katanya.

Justeru, Luqman berkata, sekiranya dakwaan Meta adalah benar, maka beliau percaya keselamatan dan demokrasi negara berada dalam keadaan terancam.

“Oleh demikian, dakwaan ini wajar diberi perhatian serius dan memerlukan siasatan secara menyeluruh serta telus dari kerajaan,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Biro Media Sosial DAP, Syahredzan Johan, mempersoalkan sama ada sumber kerajaan digunakan bagi mewujudkan akaun ‘troll’ seperti yang didedahkan dalam laporan tersebut.

Pada masa sama, beliau juga berpendapat jika laporan tersebut adalah benar, maka ia mendedahkan suatu usaha bersepadu untuk memanipulasi perbincangan awam dengan menggunakan akaun dan laman palsu bagi manfaat politik kerajaan.

“Walaupun akaun dan laman ini telah dikenalpasti dan dipadam oleh Meta, laporan ini menunjukkan bahawa kerajaan membiayai ‘troll’ dan ‘cybertrooper’ menggunakan dana dan sumber awam demi kepentingan politik mereka.

“Tidak keterlaluan untuk membuat kesimpulan bahawa selain daripada akaun dan laman ini, terdapat akaun dan laman lain, merentasi pelbagai platform media sosial, turut menjalankan kegiatan sama,” katanya.

Tegasnya, sumber awam termasuklah badan yang berkhidmat untuk rakyat Malaysia, tidak sepatutnya digunakan bagi tujuan politik seperti ini.

Terdahulu, media melaporkan laporan Meta tersebut mendedahkan bahawa PDRM didakwa menggiatkan usaha bagi mempromosi gabungan kerajaan hari ini dan mengkritik pembangkang.

Meta mendakwa hampir 1,000 akaun Facebook dan Instagram, selain kumpulan serta halaman Facebook, dipadam kerana melanggar dasar platform terhadap ‘tingkah laku tidak sahih yang diselaraskan’ (CIB).

Meta menyifatkan tingkah laku tersebut sebagai menggunakan akaun palsu yang diselaraskan untuk memanipulasi perdebatan awam bagi matlamat strategik.

Menurut laporan itu, rangkaian terbabit terdiri daripada sekurang-kurangnya 596 akaun, 180 halaman dan 11 kumpulan daripada Facebook serta 72 akaun Instagram, dengan jumlah keseluruhan hampir setengah juta pengikut.

Rangkaian itu aktif di Facebook, TikTok, Twitter dan Instagram dan menyiarkan meme dalam bahasa Melayu untuk menyokong gabungan kerajaan semasa dengan dakwaan berlaku rasuah dalam kalangan pengkritiknya. - Getaran, 6 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Gagal Kekang Akaun Palsu: Kerajaan Teliti Tindakan Terhadap Meta - Fahmi

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Dakwaan Sabotaj Negara: PDRM Ambil Keterangan 3 Individu - KPN

3

Semasa 6 bulan yang lalu

‘PDRM Tak Perlu Siasat Siapa Yang Kritik Saya’ - Anwar

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Cawangan Khas PDRM Agensi Perisikan Pertama Berjaya Bongkar Sel Kumpulan JI - Ayob Khan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan