web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tuntutan Kesultanan Sulu: Malaysia Optimis Strategi Disusun Bawa Hasil Positif

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Aug 2022 4:57PM

Wan Junaidi Tuanku Jaafar - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kerajaan optimis bahawa semua tindakan dan strategi dilaksanakan bagi menangani isu tuntutan waris Kesultanan Sulu, akan membuahkan hasil positif.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, tindakan sedang dilaksana berhubung isu terbabit, termasuk penubuhan pasukan khas, sebagai komitmen kerajaan untuk memastikan strategi terbaik dilaksanakan bagi menangani tuntutan pihak berkenaan.

“Secara umumnya, kerajaan akan memastikan kemenangan demi kepentingan negara dan kedaulatan tetap terpelihara.

“Kerajaan juga yakin bahawa semua tindakan dan strategi sedang serta akan dilaksanakan bagi menangani isu ini membuahkan hasil positif dengan sokongan semua pihak, khususnya rakyat Malaysia,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Bulan lalu, negara dikejutkan dengan laporan bahawa aset dua anak syarikat Petronas di Azerbaijan cuba dirampas kumpulan Sulu yang menuntut AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion) daripada Malaysia.

Langkah itu sebahagian tindakan undang-undang dikemukakan pada tahun 2017 oleh pihak terbabit untuk mendapatkan pampasan terhadap tanah di Sabah, selepas ia didakwa dipajak nenek moyang mereka kepada sebuah syarikat perdagangan British pada 1878.

Kerajaan Malaysia tidak pernah mengiktiraf tuntutan kumpulan Sulu dan tidak pernah mengenepikan kekebalan kedaulatannya sebagai sebuah negara berdaulat.

Dalam pada itu, Wan Junaidi berkata, Pasukan Khas yang ditubuhkan bagi menangani isu tersebut, mengadakan mesyuarat pertama Rabu lalu dengan membincangkan mengenai tindakan undang-undang yang diambil kerajaan di Sepanyol dan Perancis bagi menangani tuntutan terbabit.

Selain itu, beliau yang mempengerusikan mesyuarat terbabit berkata, isu pembayaran wang serahan berjumlah 5,300 dolar setahun turut dibincangkan.

Katanya, Final Award yang dikeluarkan pada 28 Februari lalu, tidak menyentuh isu pengambilan wilayah Sabah atau kedaulatan negeri itu oleh pihak mendakwa waris Kesultanan Sulu.

“Pasukan Khas turut mengambil maklum bahawa pelantikan Dr Stampa (Dr Gonzalo Stampa) sebagai penimbang tara dan juga semua tindakan bersifat prosedur dibuat olehnya, dibatalkan berdasarkan keputusan Mahkamah Tinggi Madrid bertarikh 29 Jun 2021.

“Berdasarkan keputusan sama, Mahkamah Tinggi Madrid mengeluarkan keputusan bahawa ‘Partial Award on Jurisdiction’ yang dikeluarkan pada 25 Mei 2020 oleh Dr Stampa adalah tidak sah dan terbatal,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, kerajaan mengemukakan permohonan untuk membatalkan Perintah Exequatur dan seterusnya permohonan bagi menggantung penguatkuasaannya.

“Permohonan kerajaan bagi menggantung penguatkuasaan Perintah Exequatur itu dibenarkan Mahkamah Perancis pada 16 Disember 2021.

“Seterusnya, kerajaan membuat permohonan membatalkan Final Award dikeluarkan Dr Stampa pada 28 Februari lalu dan permohonan bagi menggantung penguatkuasaan Final Award itu di Mahkamah Perancis.

“Mahkamah terbabit membenarkan permohonan bagi menggantung penguatkuasaan Final Award itu pada 12 Julai 2022,” katanya. – Getaran, 5 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Aidilfitri

2

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Tidak Benar Kerajaan Abai Kaum India’ - PM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Tiada Kompromi Untuk Pihak Sengaja Cetuskan Isu 3R - Menteri

4

Ekonomi 2 tahun yang lalu

PADU Tingkatkan Pemahaman Kerajaan Terhadap Kesejahteraan Isi Rumah - Penyelidikan MIDF

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar