web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gangguan Air, Pengguna 188 Kawasan Di Hulu Selangor Disaran Simpan Air

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Aug 2022 12:52PM

188 kawasan di Hulu Selangor akan mengalami gangguan air berjdual selama 2 hari mulai 9 Ogos ini susulan kerja penambahbaikan dan penyelengaraan aset di Loji Rawatan Air Sungai Rasa, Hulu Selangor. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengguna di 188 kawasan di Hulu Selangor dinasihat menyimpan bekalan air secukupnya susulan gangguan air berjadual selama dua hari bermula 9 hingga 11 Ogos ini.

Menurut Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), gangguan itu disebabkan kerja penambahbaikan dan penyelengaraan aset di Loji Rawatan Air Sungai Rasa, Hulu Selangor.

“Seperti dimaklumkan, Air Selangor akan melaksanakan kerja penambahbaikan dan penyelenggaraan aset di Loji Rawatan Air Sungai Rasa. Pelaksanaan kerja ini bakal menyebabkan gangguan bekalan air berjadual di 188 kawasan di Wilayah Hulu Selangor bermula jam 9 pagi pada 9 Ogos 2022 dan dijangka pulih sepenuhnya pada jam 1:00 pagi, 11 Ogos 2022.

“Pengguna dinasihatkan agar menyimpan air secukupnya untuk kegunaan seisi rumah dan pastikan semua bekas simpanan air ditutup,” menurut kenyataan dimuat naik di Facebook itu.

 

Seperti yang telah dimaklumkan, Air Selangor akan melaksanakan kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset di...

Posted by Air Selangor on Thursday, August 4, 2022

Kenyataan sama memaklumkan, pengguna boleh mendapatkan informasi berhubung gangguan bekalan air berjadual itu dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi Air Selangor, seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau menghubungi Air Selangor di talian 15300.

“Sebarang pertanyaan dan aduan boleh diajukan di Help Centre menerusi laman sesawang www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor,” katanya. - Getaran, 5 Ogos 2022

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad