web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 20 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Grab Komited Sokong Komuniti Penghantaran, Sedia Pelbagai Insentif, Perlindungan Masa Bekerja

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Aug 2022 8:52AM

Grab memaklumkan pihaknya telah melaksanakan pelbagai usaha untuk menyokong rakan kongsi penghantaran termasuk perlindungan ketika bekerja. - Gambar Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Syarikat menawarkan perkhidmatan pengangkutan dan logistik melalui aplikasi, Grab, menegaskan ia kekal komited untuk menyokong komuniti rakan kongsi penghantarannya (delivery-partner). 

Selama bertahun-tahun, syarikat e-hailing itu menjelaskan, pihaknya sudah melaksanakan pelbagai usaha untuk menyokong rakan kongsi penghantaran, termasuk perlindungan ketika bekerja. 

Menurutnya, ia dilakukan menerusi perlindungan kemalangan peribadi percuma dan perkongsian dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk memudahkan caruman serta insentif tambahan sehingga 10 peratus untuk mereka yang berkenaan. 

“Kami juga membantu rakan kongsi kami untuk menjimatkan perbelanjaan operasi mereka seperti diskaun petrol, penyelenggaraan kenderaan, keperluan harian dan banyak lagi,” katanya menerusi kenyataan. 

Jelasnya, syarikat terbabit juga memperkenalkan pelbagai promosi dan kempen, seperti GrabUnlimited yang dilancarkan baru-baru ini untuk membantu rakan kongsinya. 

“Pek langganan dengan lebih daripada 50 baucar diskaun berbeza (ditawarkan), bertujuan bukan sahaja (bagi) meningkatkan jualan untuk peniaga, tetapi juga menyediakan lebih banyak pekerjaan untuk rakan kongsi penghantaran kami. 

“Seperti biasa, kami ingin mengingatkan semua rakan kongsi penghantaran kami supaya selamat semasa di jalan raya. 

“Sekiranya mereka menghadapi sebarang masalah, sila laporkan kepada pihak berkuasa yang berkaitan dan Grab,” katanya.

Kenyataan sama memaklumkan, orang ramai dinasihatkan tidak berkongsi sebarang khabar angin atau dakwaan palsu supaya tidak menimbulkan panik. 

Dalam pada itu, Grab menafikan pihaknya mengurangkan tambang asas (base fares) bagi perkhidmatan penghantaran. 

Sebaliknya, syarikat itu memberitahu, kebimbangan dibangkitkan rakan kongsi penghantaran baru-baru ini adalah disebabkan gangguan (glitch) dalam sistem. 

“Ini di mana dia (rakan kongsi penghantaran) mendapati terdapat percanggahan dalam pendapatannya. Kami sudah membetulkan isu itu dan memindahkan kekurangan berkenaan kepada semua rakan kongsi yang terjejas. 

“Kami menjelaskan perkara itu melalui saluran komunikasi rasmi kepada rakan kongsi kami pada 21 Julai,” katanya. 

Kenyataan itu menambah, syarikat berkenaan memohon maaf atas kesulitan yang mungkin timbul kepada rakan kongsinya dan menggalakkan mereka untuk menghubungi melalui Facebook atau terus ke Pusat Pemandu Grab (GDC) sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan lanjut. - Getaran, 5 Ogos 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad