web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bilangan Pendaftaran Untuk Suntikan Vaksin COVID-19 Dalam MySejahtera Masih Rendah

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Apr 2021 6:18PM

Sehingga semalam, hanya 7.6 juta daripada 26.7 juta penduduk Malaysia yang mendaftar menerusi aplikasi MySejahtera. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jumlah rakyat yang telah mendaftar untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 menerusi aplikasi MySejahtera masih rendah berbanding dengan keseluruhan rakyat dan bukan rakyat Malaysia yang layak menerima suntikan itu, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata hingga semalam, hanya 7.6 juta daripada 26.7 juta penduduk Malaysia yang mendaftar menerusi aplikasi MySejahtera.

"Saya kira angka itu masih kecil. Pastinya ini penting untuk menentukan supaya tahap pencapaian kita untuk mengawal wabak COVID-19 dengan lebih berjaya dan dalam keadaan yang sama dapat kita revitalise ataupun memulihkan ekonomi negara kita dengan lebih pesat lagi. 

"Ada hubung kait di antara pelaksanaan pelan vaksinasi dengan pemulihan ekonomi negara kita,” katanya ketika berucap merasmikan program 'Blood Donation Drive 2021', di sini hari ini.

Menurutnya, situasi COVID-19 yang sedang melanda negara dan dunia masih belum dapat diatasi sepenuhnya berikutan ada varian baharu yang ditemukan dalam komuniti.

"… kita lihat sekarang ini hampir semua sektor ekonomi sudah dibuka untuk memulakan operasi dan perniagaan. Saya rasa keadaan bertambah baik sekarang dan akan terus bertambah baik.

"Ini yang kita harap dapat lihat dalam tempoh beberapa bulan akan datang, dan perkembangan ekonomi dijangka dapat dilihat dalam separuh kedua atau suku ketiga dengan Keluaran Dalam Negara Kasar diunjur bertumbuh antara enam dan 7.5 peratus,” katanya.  

Berikutan itu, Muhyiddin menyeru pihak berkaitan agar membantu mereka yang masih belum mendaftar untuk mendapatkan suntikan vaksin dengan memberi penerangan dan seterusnya membantu mereka mendaftar menerusi aplikasi MySejahtera.

Selain itu, beliau turut menasihati semua rakyat Malaysia agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan bagi membendung penularan jangkitan COVID-19.

Sementara itu, perdana menteri mengajak semua rakyat Malaysia, terutama mereka yang masih belum menderma darah, agar memulakan langkah pertama dalam menjadikan amalan derma darah secara berkala sebagai budaya gaya hidup sihat.

Menurutnya, beliau difahamkan simpanan bekalan darah di Pusat Darah Negara (PDN) dan tabung darah di seluruh negara berkurangan biarpun permintaan terhadapnya semakin meningkat.

"Setiap hari negara memerlukan sekurang-kurangnya 2,000 beg darah yang mampu menampung kegunaan kira-kira 1,000 pesakit. Di Lembah Klang sahaja, PDN memerlukan 500 hingga 600 beg darah sehari. 

"Justeru, saya menyeru kepada semua kumpulan masyarakat untuk tampil menderma darah demi membantu menyelamatkan nyawa pesakit dan seterusnya meningkatkan tahap kesihatan komuniti setempat," katanya.

Dalam pada itu, Muhyiddin turut merakamkan penghargaan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan badan kebajikan yang telah menggerakkan program derma darah di seluruh negara. 

Program tahunan 'Blood Donation Drive 2021' anjuran Yayasan Tan Sri Muhyiddin Charity Golf (TSMCGF) dengan kerjasama PDN dan IGB Real Estate Investment Trust itu diadakan selama dua hari hingga esok di Mid Valley Megamall. - Bernama 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad