web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Kamu Seperti Pernah Merokok’, Gurauan Khalid Terhadap KJ Gamatkan Dewan Rakyat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Aug 2022 10:31PM

Khalid Abdul Samad - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat gamat seketika apabila Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad (PH) berseloroh dengan berkata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin seolah-olah biasa ‘merokok’.

Khairy (Rembau-BN) yang pada mulanya ketawa dengan jenaka tersebut, bagaimanapun meminta Khalid menarik balik kenyataan berkenaan.

Keadaan tersebut bermula apabila Khalid berkongsi pandangannya mengenai rancangan kerajaan mengharamkan rokok bagi generasi yang lahir pada 2007 dan ke atas ketika ucapan penggulungan Khairy mengenai Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Hasil Tembakau dan Merokok 2022.

Menurut Khalid, walaupun pada dasarnya beliau bersetuju dengan RUU tersebut, akan tetapi dakwaan Khairy yang sebelum ini mengatakan bahawa merokok membawa ketagihan sehingga perokok tidak dapat berhenti selepas memulakannya adalah tidak wajar.

Dalam hujahnya, Khalid berkata, ramai individu merokok atas kehendak sendiri dan pada masa sama beliau mengimbau bagaimana dirinya berhenti merokok sebanyak dua kali pada masa lalu.

“Saya pernah merokok di sekolah, dari Tingkatan 3 sehingga masuk universiti di United Kingdom, kemudian saya berhenti. Apabila saya kembali ke Malaysia dan bekerja dengan Petronas, saya mula semula. Selepas beberapa tahun, saya berhenti lagi.

“Ia membuktikan bahawa merokok adalah pilihan. Walaupun ia ketagihan, jika menteri bertanya pada perokok hari ini, mereka akan mengatakan mereka yang memilih (untuk terus) merokok. Bukan kerana ketagihan, seperti dadah.

“Kita tidak boleh memperbesarkan tahap ketagihan. Sama ada menghisap rokok, cerut atau paip, itu adalah pilihan mereka. Saya boleh menyokong RUU ini, tetapi kita tidak perlu (memaksa) orang lain (berhenti merokok),” katanya.

Justeru, Khalid berkata, inilah sebabnya dasar untuk mengawal merokok, termasuk mengharamkan penggunaan di kawasan awam tertentu, diperkenalkan.

“Saya tidak tahu jika Rembau (Khairy) pernah merokok, tapi kamu nampak seperti itu (perokok),” katanya hingga menyebabkan Ahli Parlimen lain ketawa.

Khairy yang kelihatan tersenyum kemudiannya meminta kenyataan tersebut ditarik balik kerana beranggapan ia andaian berniat jahat.

Khalid kemudiannya memberi respons sinis dengan mengatakan Khairy kelihatan seperti ‘budak nakal’ sebelum menarik balik kenyataan tersebut.

RUU tersebut kemudiannya dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang akan dipengerusikan oleh Khairy untuk menyelesaikan pelaksanaannya. - The Vibes, 2 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

2

Semasa 3 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

3

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Laksanakan Semula GST, Guna Nama Lain Pun Tak Apa’ - KJ

4

Semasa 3 bulan yang lalu

RUU Hadkan Tempoh Perkhidmatan PM Gagal Diluluskan, Hanya Terima Sokongan 146 Ahli Parlimen 

Sorotan

1

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

2

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

3

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

4

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

5

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

6

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

Kerajaan Bentuk Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing Minggu Depan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 19 jam yang lalu

PRN JOHOR: PN Umum Barisan Calon, Gabung Muka Lama Dan Baharu 

oleh Sophia Ahmad