web statsweb stats

Berita Terkini

6 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


RUU Kawal Produk Tembakau Dirujuk Ke Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Aug 2022 9:29PM

Khairy akan mempengerusikan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen itu. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul supaya Rang Undang-Undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 yang menyasar melahirkan Generasi Penamat (GEG) bagi merokok menjelang tahun 2040 dirujuk ke Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.

Jawatankuasa itu, yang dianggotai 13 Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang, dipengerusikan oleh Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Ahli Parlimen kerajaan yang menganggotai jawatankuasa itu ialah Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling), Datuk Mohd Nizar Zakaria (BN-Parit), Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-Pengerang), Datuk Mas Ermieyati Samsudin (Bersatu-Masjid Tanah), Ahmad Fadhli Shaari (PAS-Pasir Mas) dan Lukanisman Awang Sauni (GPS-Sibuti).  

Wakil pembangkang pula ialah Dr Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching), R Sivarasa (PH-Sungai Buloh), Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (PH-Kuala Selangor), Datuk Seri Madius Tangau (UPKO-Tuaran), Datuk Ignatius Dorell Leiking (Warisan-Penampang) dan Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir (Pejuang-Jerlun).

Khairy berkata usul itu dibuat berdasarkan Peraturan Mesyuarat 54(2) bagi menyerahkan rang undang-undang tersebut kepada jawatankuasa berkenaan.

Beliau berkata ini bagi membolehkan jawatankuasa itu membuat syor-syor untuk meneliti bahagian penguatkuasaan dalam rang undang-undang tersebut dan mencadangkan sebarang penambahbaikan sekiranya perlu tertakluk kepada undang-undang yang berkuat kuasa.

Pada masa sama, meneliti fasal berhubung penalti bagi kesalahan, cadangan penambahbaikan oleh Ahli Dewan Rakyat dan menyediakan suatu penyata mengandungi cadangan penambahbaikan bagi tujuan kawal selia produk tembakau, bahan merokok, produk pengganti tembakau atau peranti merokok dalam tempoh sebulan.

“Jawatankuasa Pilihan Khas boleh melanjutkan tempoh ini sekiranya perlu tetapi hendaklah tidak melebihi tarikh hari pertama persidangan Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ke-14 yang akan datang,” katanya ketika membentangkan usul itu.

Khairy berkata jawatankuasa itu boleh menjemput mana-mana pihak seperti Ahli Parlimen, pakar  perundangan dan perlembagaan, badan bukan berkepentingan dan masyarakat madani serta individu lain untuk hadir dalam persidangannya dari semasa ke semasa.

Terdahulu, ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu, Khairy berkata beliau mahu ia diperhalusi secara mendalam bagi mendapat sokongan semua pihak.

“Lebih baik bila rumah ini (rang undang-undang itu) siap, pahat tidak berbunyi, biarlah rumah ini siap dengan sempurna ataupun sesempurna mungkin,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berharap rang undang-undang itu akan menjadi agenda pertama dalam Aturan Urusan Mesyuarat semasa Dewan Rakyat bersidang pada Oktober nanti.

“Saya tidak akan katakan bahawa ia dilengah-lengahkan sebaliknya ia dirujuk (kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen) dan saya setuju supaya apabila kita bentang nanti adalah dengan kemurnian dan kita semua boleh mencapai kata sepakat,” katanya.

Seramai 12 Ahli Parlimen membahaskan rang undang-undang itu, yang antara lain membangkitkan isu hak asasi individu dan kemungkinan salah guna kuasa dalam penguatkuasaan. 

Persidangan bersambung esok. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Jelajah AKM, Isu Cerun Ketika Monsun Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Rujuk RUU Produk Tembakau ke Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen - Anwar

3

Semasa 3 tahun yang lalu

KKM Setuju Pinda RUU Kawal Produk Tembakau, Kurangkan Denda Ke RM500

Sorotan

1

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

2

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

3

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

4

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad