web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 21 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rebut Teman Wanita, Kru Produksi Ditahan Tumbuk, Ugut Bunuh Lelaki

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Aug 2022 3:51PM

Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Gara-gara berebut teman wanita, seorang kru produksi drama ditahan semalam selepas dipercayai menumbuk dan membuat ugutan bunuh terhadap pengurus pusat kecergasan di sebuah stesen minyak di Ampang Jaya.

Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 5 pagi 22 Julai lalu, ketika kedua-dua lelaki berkenaan memandu kenderaan masing-masing di sebuah laluan berhampiran, sebelum berlaku perselisihan yang menyebabkan mangsa mengeluarkan kata-kata kesat terhadap suspek.

Berikutan itu, suspek yang memandu pacuan empat roda (4WD) jenis Ford Ranger berasa tidak puas hati dan terus mengekori mangsa yang memandu PERODUA Myvi sehingga dia berhenti di sebuah stesen minyak.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, suspek kemudian terus menumbuk muka mangsa serta mengugut akan membunuh lelaki terbabit sekiranya dia menjerit.

Menurut beliau, mangsa yang berusia 34 tahun mengalami kesakitan pada bahagian pipi dan menerima rawatan di Hospital Ampang.

“Susulan kejadian, polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya ketika dia hadir untuk memberikan keterangan, kira-kira jam 8.30 malam tadi.

“Polis turut merampas 4WD Ford Ranger yang digunakan semasa kejadian dan semakan mendapati suspek mempunyai 11 rekod jenayah lampau,” katanya hari ini.

Menurut Mohamad Farouk, siasatan mendapati berebut teman wanita adalah punca tercetusnya insiden berkenaan.

“Suspek menuduh mangsa mengeluarkan kata-kata kesat dan punca sebenar masih dalam siasatan,” katanya.

Jelas beliau, permohonan reman ke atas suspek dibuat hari ini dan siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan kecederaan.

“Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan ketakutan jenayah dengan cara mengeluarkan kata-kata ugutan,” katanya. - Getaran, 2 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 19 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

3

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

4

Semasa 2 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 41 minit yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad