web statsweb stats

Berita Terkini

6 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bapa Kejam Campak 3 Anak, Terjun Jejantas Bunuh Diri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Aug 2022 1:48PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dua beradik maut, manakala seorang lagi berada dalam keadaan kritikal selepas dicampak dari jejantas setinggi 20 meter oleh seorang lelaki dipercayai bapa mereka, dalam satu insiden di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dekat Kepong, di sini, pagi tadi.

Suspek yang berusia 38 tahun turut maut, selepas terjun dari jejantas berkenaan.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, berkata kejadian sekitar jam 5.50 pagi itu disedari seorang lelaki warga tempatan yang kebetulan berada di lokasi kejadian.

Menurutnya, tiga kanak-kanak terbabit terdiri daripada seorang perempuan berusia lapan tahun dan dua lelaki.

“Menurut saksi, sebelum kejadian, lelaki Myanmar tersebut sedang berjalan sambil memimpin dua anaknya, manakala seorang lagi berada dalam dukungan.

“Ketika dia menghampiri mereka, lelaki tersebut secara tiba-tiba mencampakkan kesemua anaknya, sebelum dia turut terjun dari jejantas terbabit,” katanya hari ini.

Eng Lai berkata, kesemua mangsa ditemui di tepi jalan raya berhampiran lampu isyarat di Desa Jaya di sini.

“Kanak-kanak malang yang kritikal itu kini masih dirawat di Hospital Selayang.

“Pemeriksaan oleh pegawai perubatan mendapati mangsa mengalami kecederaan dalaman di bahagian perut dan juga keretakan pada rusuk kiri,” katanya.

Menurut beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Kesemua mayat telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Lumpur untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya. - Getaran, 2 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Jangan Biarkan Buli Siber Terus Berlaku, Cegah Sebelum Parah!’ - Saraswati

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Panjat Pencawang Elektrik Setinggi 25 Meter: Bomba Selamatkan Lelaki Cuba Bunuh Diri

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Tak Jadi Bunuh Diri, Lelaki Berpaut Di Tiang Jambatan

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Porshe Panamera Terbakar, Rempuh Pembahagi Jalan

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad