web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 18 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Perlu Kaji Semula Cadangan ‘Denda Premis Jika Pelanggan Merokok’ - PRESMA

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Aug 2022 8:36PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Rokok dan Produk Tembakau 2022 perlu mengambil kira semua aspek, termasuk cadangan kerajaan untuk mengenakan denda kepada pemilik restoran atau premis makanan sekiranya pelanggan merokok.

Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Datuk Jawahar Ali Taib Khan berkata, kerajaan diminta memperhalusi dan mengkaji semula cadangan itu bagi memberi keadilan kepada pemilik restoran atau premis makanan berkenaan.

Katanya, sebelum ini pemilik atau petugas restoran atau premis tidak mempunyai kuasa menghalang pelanggan merokok, sebaliknya hanya boleh memberi teguran sahaja.

“Namun disebabkan kedegilan pelanggan tidak mematuhi peraturan, pengusaha restoran yang perlu menanggung denda tersebut.

“Justeru, PRESMA berharap pembentangan RUU ini mengambil kira semua aspek bagi memastikan usaha baik terbabit dilaksanakan tanpa memberi masalah kepada mana-mana pihak,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Jawahar Ali berkata, PRESMA berpandangan RUU itu sememangnya ditunggu-tunggu semua pihak kerana jika ia dilulus dan dilaksanakan, khususnya bagi generasi lahir pada atau selepas 1 Januari 2007, inisiatif berkenaan baik untuk kesihatan rakyat di negara ini.

Ujarnya, ia juga dapat melindungi generasi muda daripada terjebak dengan tabiat merokok, selain mengurangkan kematian akibat penyakit berkaitan rokok.

Beliau berkata, sebagai pengusaha restoran yang berurusan dengan pelanggan setiap hari, sudah tentu RUU itu berita menggembirakan kepada ahli PRESMA kerana sebelum ini mereka berdepan pelbagai masalah berkaitan pelanggan, terutama membabitkan isu merokok.

“Inisiatif untuk melahirkan generasi muda sihat menerusi dasar Generasi Penamat (GEG) ini bakal memberi keselesaan kepada pelanggan bagi menikmati udara lebih segar di restoran atau premis.

“PRESMA juga menyambut baik usaha Kementerian Kesihatan (KKM) untuk memperhebat operasi larangan merokok di tempat awam, termasuk restoran untuk membudayakan norma baharu,” katanya.

RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 yang dibentang bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat minggu lalu, antara lain memperuntukkan larangan individu yang lahir pada 2007 dan seterusnya untuk merokok, membeli atau memilik produk tembakau atau peranti merokok.

RUU itu juga mengadakan peruntukan bagi pendaftaran produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau, selain mengawal pengiklanan, promosi dan penajaan, penjualan serta pembelian produk tembakau, bahan merokok, produk pengganti tembakau atau peranti merokok.

Sebagaimana bacaan kali pertama dibentang Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin pada 27 Julai lalu, RUU itu merangkumi dua kawalan utama, iaitu produk rokok dan kawalan terhadap generasi yang lahir pada 1 Januari 2007 serta seterusnya.

Terdahulu Getaran melaporkan, Khairy berkata, hampir RM6.2 bilion dibelanjakan kerajaan bagi rawatan pesakit akibat merokok pada tahun 2020 dan jumlah itu melebihi pulangan kutipan cukai produk tembakau bernilai RM3 bilion diperoleh negara.

Tegasnya, kos rawatan itu dijangka meningkat sehingga RM8.8 bilion menjelang tahun 2030. - Getaran, 1 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 tahun yang lalu

Tutup Perniagaan Tindakan Mundur, Jejas Periuk Nasi - PRESMA

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 16 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 17 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad