web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Polis Rakam Percakapan Mohamed Apandi Lebih 1 Jam

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Aug 2022 7:28PM

Tan Sri Mohamed Apandi Ali - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) selesai merakam percakapan mantan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berhubung kes siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), hari ini.

Setiausaha Polis Malaysia PDRM, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, rakaman percakapan dilakukan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman itu berlangsung selama lebih sejam.

“Rakaman percakapan oleh Unit Siasatan USJT itu dibuat bermula jam 2.30 petang hingga 3.45 petang tadi.

“Siasatan ini adalah berkaitan perkembangan berhubung kes tidak puas hati terhadap siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB),” katanya menerusi kenyataan.

Sejak tengah hari tadi, puluhan wartawan dari pelbagai agensi media berkumpul bagi membuat liputan siasatan berkaitan Mohamed Apandi, namun sehingga jam 4 petang kelibatnya tidak kelihatan di pintu utama Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini.

Getaran kemudian dimaklumkan bahawa Mohamed Apandi tidak dirakam percakapan di Bukit Aman, namun di lokasi lain.

Bagaimanapun, Bukit Aman tidak mendedahkan di mana rakaman percakapan itu diadakan.

Siasatan itu dijalankan mengikut Seksyen 217 Kanun Keseksaan atas kesalahan sebagai penjawat awam, mengingkari arahan undang-undang dengan niat hendak menyelamatkan orang daripada seksaan atau harta daripada dirampas.

Siasatan dibuat selepas PDRM menerima laporan daripada Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago berhubung dakwaan itu. - Getaran, 1 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Semasa 10 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

3

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad