web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jangkitan COVID-19 Turun Bawah 3,000 Kes, Catat 9 Kematian

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Aug 2022 12:32PM

Jumlah keseluruhan individu dijangkiti COVID-19 meningkat kepada 4,680,053 kes setakat ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Angka jangkitan COVID-19 kembali menurun apabila 2,783 kes direkodkan semalam berbanding 4,271 kelmarin.

Berdasarkan data laman sesawang COVIDNOW, angka terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan individu dijangkiti virus berkenaan meningkat kepada 4,680,053 kes setakat ini.

Jumlah direkodkan itu membabitkan 2,780 kes tempatan dan tiga kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Sebanyak sembilan lagi korban COVID-19 direkodkan semalam, dengan empat kes berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kematian tertinggi direkodkan di Selangor dengan tiga kes diikuti masing-masing satu di Kedah, Kuala Lumpur, Perak, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

Angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kematian mencecah 35,969 setakat ini dengan 7,642 daripadanya adalah kes BID.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 45,306 kes aktif COVID-19 dilaporkan di seluruh negara.

Daripada jumlah kes aktif itu, 96.6 peratus atau 45,306 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah, 22 kes dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), sementara 1,477 orang atau 3.3 peratus menerima rawatan di hospital.

Sebanyak 54 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 32 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Terdapat 4,482 kes sembuh direkodkan setakat semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih sepenuhnya daripada virus tersebut adalah sebanyak 4,598,778. - Getaran, 1 Ogos 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 17 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar