Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Serpihan Roket China Masuk Ruang Udara Malaysia

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jul 2022 1:02PM

Tangkap layar gambar serpihan roket Long March 5B milik China ke ruang udara Malaysia, tengah malam tadi. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penduduk di beberapa kawasan di Sarawak ‘teruja’ apabila menyaksikan kejadian kemasukan semula serpihan (debris) roket Long March 5B milik China ke ruang udara bumi pada jam 12.55 tengah malam tadi.

Situasi itu turut tular dan menjadi topik popular di media sosial apabila beberapa warga maya berkongsi rakaman video dipercayai memaparkan serpihan milik roket berkenaan.

Ia dilaporkan jelas kelihatan di beberapa kawasan di negeri berkenaan, seperti Sibu, Mukah, Bintulu, Petra Jaya dan Serian.

“Serpihan sampah roket China. Serpihannya jangan dipegang ok, untuk keselamatan,” tulis seorang pengguna Facebook, Lan Perey.

“Bintulu, berdentum bunyi sampai bergegar atap rumah,” komen Eroll Kipli.

“Oh patut lah ada bunyi letup tadi. Pukul 12.55 tengah malam tadi di tempat aku ni Serian. Aku ingat mula-mula cahaya petir. Aku keluar dari bangunan sekali dengan bunyi letupan, dalam 10 hingga 15 saat macam tu tempoh lamanya,” kongsi Janovic Sibang.

“Ya lah bunyi lebam lebom tadi. Padu, aku ingat orang main mercun,” jelas seorang pengguna.

 

Trending : Serpihan roket kelihatan dgn bunyi dentuman koat sekitar jam 12.50 pagi tek sekitar Petra Jaya

Posted by Sarawak Edition on Saturday, July 30, 2022

Bagaimanapun, ada antara mereka awalnya menganggap kejadian itu adalah disebabkan tahi bintang atau meteor jatuh ke bumi kerana dentuman kuat dihasilkan, memandangkan ia pernah dilaporkan berlaku di negara ini.

Namun, beberapa netizen kemudian memaklumkan berdasarkan laporan berita, ternyata ia adalah serpihan roket milik China.

“Sisa roket China terhempas ke bumi. Ada berita semalam,” kata seorang netizen.

“Bukan meteor ya. Hari ini ada masuk buletin TV3 sepihan roket China dijangka gugur ke bumi,” respon Ignatius Dorothy.

“Minggu lepas ada berita maklumkan roket dari China nak jatuh dalam seminggu, mungkin yang ini,” ujar seorang warga maya.

Susulan kejadian itu, Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) menerusi kenyataannya hari ini mengesahkan ia adalah kemasukan semula serpihan roket Long March 5B milik China ke ruang udara bumi.

Menurut MYSA, kejadian itu dikesan berlaku pada 12.55 tengah malam tadi.

Katanya, MYSA menerusi pemantauan berterusan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan kenyataan Agensi Angkasa China memaklumkan, serpihan roket berkenaan terbakar semasa memasuki ruang udara bumi.

“Pergerakan serpihan terbakar itu turut melintasi ruang udara Malaysia dan dapat dikesan di beberapa kawasan, termasuk ruang udara Sarawak.

“Sisa serpihan itu direkodkan jatuh di sekitar Laut Sulu, iaitu kawasan antara latitud 9.1 darjah Utara dan longitud 119.0 darjah Timur, hari ini,” menurut kenyataan itu. – Getaran, 31 Julai 2022

Sorotan

1

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

2

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

3

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

4

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

5

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

6

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Cuaca Panas Dijangka Berterusan Sehingga Julai - Nik Nazmi

Semasa 23 jam yang lalu

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

Semasa 17 jam yang lalu

Status Agama Islam: Mahkamah Tolak Rayuan Wanita

Semasa 1 jam yang lalu

Pesawat Ringan Terhempas, 2 Terselamat

oleh Sophia Ahmad