web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


COVID-19: Kes Harian 4,271, Kematian Bertambah 4

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jul 2022 11:46AM

Selangor kekal menjadi negeri tertinggi merekodkan kes jangkitan COVID-19 sejak beberapa hari lalu dengan 1,972 kes, diikuti Kuala Lumpur (723) dan Perak (280). - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kes baharu COVID-19 melepasi paras 4,000 bagi dua hari berturut-turut dengan 4,271 kes semalam, berbanding 4,860 kes kelmarin.

Angka baharu itu menjadikan kumulatif kes COVID-19 dilaporkan di Malaysia adalah 4,677,270 kes setakat semalam.

Berdasarkan laman sesawang COVIDNOW, kes baharu itu membabitkan 4,268 kes penularan tempatan dan tiga kes import.

Selangor kekal menjadi negeri tertinggi merekodkan kes jangkitan COVID-19 sejak beberapa hari lalu dengan 1,972 kes terkini, disusuli Kuala Lumpur (723), Perak (280), Sabah (251), Negeri Sembilan (221), Pulau Pinang (191) dan Melaka (121).

Kedah pula mencatatkan 97 kes, diikuti Johor (90), Sarawak (78), Putrajaya (70), Pahang (69), Kelantan (57), Labuan (19), Terengganu (17) dan Perlis (15).

Kes kematian membabitkan jangkitan virus itu semalam adalah empat kes, termasuk satu kes kematian di luar fasiliti kesihatan (BID), iaitu masing-masing di Melaka, Perak, Sabah dan Terengganu.

Jumlah itu menjadikan angka kematian akibat pandemik berkenaan meningkat kepada 35,960 kes, termasuk 7,638 kes BID sehingga kini.

Sebanyak 47,014 kes aktif direkodkan setakat ini dengan 45,487 kes atau 96.8 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah, 19 kes (0 peratus) ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) dan 1,446 kes (3.1 peratus) menerima rawatan di hospital.

Manakala 62 kes ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 34 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Data menunjukkan, 5,553 kes sembuh direkodkan semalam, menjadikan sebanyak 4,594,296 kes pulih dicatatkan sejak virus itu direkodkan di Malaysia. – Getaran, 31 Julai 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 12 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan