web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Isu Kemasukan Pekerja Asing: Ini Yang Majikan Harapkan…

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jul 2022 11:26AM

Menurut MEF, sektor perladangan memerlukan kira-kira 120,000 pekerja dan sektor berkenaan kini mengalami kekurangan tenaga kerja yang meruncing. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Meskipun mengalu-alukan berita penarikan semula pembekuan pekerja Indonesia ke Malaysia, beberapa persatuan majikan berharap permasalahan kemasukan bekalan tenaga kerja ke negara ini, tidak berulang.

Presiden Majikan Malaysia (MEF), Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman berkata, pihaknya berharap tiada lagi sebarang kelewatan untuk mendapatkan bekalan tenaga kerja yang dipersetujui di antara Malaysia dan kerajaan negara sumber.

Beliau memberitahu, pihak industri pada masa ini mengalami kekurangan tenaga kerja meruncing membabitkan lebih dari 1.2 juta pekerja, terutama dalam kalangan buruh asing.

Dr Syed Hussain Syed Husman
Dr Syed Hussain Syed Husman

Menurutnya, sektor pembuatan mengalami kekurangan 40 peratus daripada jumlah tenaga kerja, sementara pembinaan memerlukan kira kira 550,000 pekerja dan sektor perladangan (120,000 pekerja).

“Pihak perniagaan berhempas pulas untuk memulihkan bisnes dan mengurangkan jumlah kerugian dialami akibat COVID-19 serta ketidaktentuan akibat konflik Rusia-Ukraine.

“Majikan sudah mengalami kerugian besar kerana tidak boleh memenuhi tempahan, peluang terlepas dan penalti kerana kelewatan penyiapan tempahan.

“Semua ini berlaku akibat kekurangan tenaga kerja. Sebagai contoh di sektor perladangan, kerugian dialami adalah lebih RM32 bilion kerana kekurangan pemetik buah sawit,” katanya.

Menurut UNHCR, pada masa ini terdapat lebih 180,000 pelarian dan lebih 60 peratus dari mereka boleh bekerja. - Gambar oleh Nur Muharram Kassim
Menurut UNHCR, pada masa ini terdapat lebih 180,000 pelarian dan lebih 60 peratus dari mereka boleh bekerja. - Gambar oleh Nur Muharram Kassim

Syed Hussain mencadangkan, sementara menunggu ketibaan pekerja asing baharu dari negara sumber yang diluluskan, pihak kerajaan hendaklah memudahcara pengambilan pekerja bagi pelarian, pencari suaka politik dan banduan parol.

Menurut UNHCR, ujarnya, pada masa ini terdapat lebih 180,000 pelarian dan lebih 60 peratus dari mereka boleh bekerja.

Beliau berkata, program rekalibrasi boleh disemak semula untuk menggalakkan lebih ramai pendatang tanpa izin (PATI) mendaftar diri di bawah program berkenaan.

“Untuk jangka panjang industri hendaklah beralih kepada Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) supaya dapat mengurangkan keperluan tenaga kerja dan kebergantungan kepada pekerja asing.

“Pekerja hendaklah meningkatkan kemahiran dan menambah skil untuk terus relevan dengan keperluan industri yang sentiasa berubah,” katanya.

Sebelum ini, kerajaan Indonesia dilaporkan bersetuju menarik semula sekatan kemasukan tenaga kerjanya ke negara ini, berkuat kuasa 1 Ogos.

Ia selepas kedua-dua negara bersetuju mengintegrasikan sistem sedia ada, antara Jabatan Imigresen (JIM) dan Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) bagi pengambilan Pekhidmat Domestik Indonesia (PDI) dan Tenaga Kerja Indonesia (TKI).

PAPSMA menggesa Kementerian Sumber Manusia mempelawa pemain industri dan pasaran yang memiliki lesen membawa masuk pekerja asing ke Malaysia untuk sesi libat urus. - Gambar oleh Azim Abd Rahman
PAPSMA menggesa Kementerian Sumber Manusia mempelawa pemain industri dan pasaran yang memiliki lesen membawa masuk pekerja asing ke Malaysia untuk sesi libat urus. - Gambar oleh Azim Abd Rahman

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Pertubuhan Kebangsaan Agensi Perkhidmatan Swasta Malaysia (PAPSMA), Dr Sukumaran Nair berkata, pihaknya berharap kerajaan melaksanakan satu bentuk persefahaman atau persahabatan lebih erat bersama negara sumber dengan protokol untuk membawa masuk pekerja terbabit supaya ia diselaraskan dengan betul.

Beliau menambah, kerajaan menerusi Kementerian Sumber Manusia (KSM) digesa mempelawa pemain industri dan pasaran yang memiliki lesen membawa masuk pekerja asing ke Malaysia untuk sesi libat urus.

“Mengapa kami tidak dipanggil? Mengapa kami tidak diberi peluang untuk bersama-sama dalam keputusan dibuat kerajaan ke kerajaan (G2G)? Mengapakah kami tidak dipanggil untuk buat perniagaan ke perniagaan (B2B)?

“Kita tiada masalah daripada dahulu dengan agensi pekerjaan atau agensi perekrutan pekerja asing dari negara sumber ini. Kami tiada masalah langsung. Yang sering ada masalah adalah protokol dari kerajaan, iaitu kita tidak menunaikan sepertimana tertera dalam perjanjian atau memorandum persefahaman (MoU),” katanya.

Sehubungan itu, jelas beliau, pihaknya memohon kerajaan memanggil agensi memiliki lesen B dan C, iaitu yang boleh mengutuskan pekerja dari negara sumber ke Malaysia untuk terbabit dalam kajian bagi menyelaras dengan negara berkenaan.

MAMA menggesa kerajaan memperbanyakkan negara sumber bagi pengambilan tenaga kerja untuk menggelakkan penggantungan kepada satu-satu negara sahaja. - Gambar fail
MAMA menggesa kerajaan memperbanyakkan negara sumber bagi pengambilan tenaga kerja untuk menggelakkan penggantungan kepada satu-satu negara sahaja. - Gambar fail

Presiden Persatuan Majikan Amah Malaysia (MAMA), Engku Ahmad Fauzi Engku Muhsein pula berkata, pihaknya berharap kerajaan memperbanyak negara sumber bagi pengambilan tenaga kerja membabitkan pembantu rumah.

Jelasnya, selain negara sedia ada, iaitu Indonesia dan Filipina, kerajaan perlu memperluas negara sumber, termasuk Kemboja dan Thailand.

“Langkah ini supaya kita tidak bergantung kepada satu-satu negara sahaja. Dengan pertambahan negara sumber ini, pilihan dan bekalan tenaga pekerja akan ‘lebih sihat’,” katanya. - Getaran, 31 Julai 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad