web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 16 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


ST Jalankan Siasatan Lanjut Kejadian Gangguan Bekalan Elektrik

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jul 2022 11:29AM

Premis perniagaan di dalam pusat beli-belah Suria KLCC terpaksa ditutup selepas berlaku gangguan elektrik pada Rabu lepas. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Tenaga (ST) sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kejadian gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia pada Rabu lepas.

Menerusi kenyataan hari ini, ST berkata siasatan itu dilaksanakan dalam usaha untuk memastikan insiden sama tidak berulang selain akan menyarankan langkah-langkah penambahbaikan yang perlu dilakukan.

“ST memandang serius mengenai kejadian gangguan bekalan elektrik yang melibatkan kebanyakan negeri di Semenanjung Malaysia pada 27 Julai lalu," kata ST.

ST berkata tindakan selaras dengan peruntukan di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990 dan PeraturanPeraturan Elektrik 1994 boleh dikenakan kepada mana-mana pihak, sekiranya didapati berlaku kesalahan yang boleh dikaitkan.

ST berkata siasatan awal kejadian gangguan bekalan elektrik itu mendapati berlaku pelantikan (trip) pada Pencawang Masuk Utama (PMU) 275kV Yong Peng Utara, Johor berikutan kerosakan peralatan pada pencawang tersebut.

“Kejadian itu turut menyebabkan beberapa talian penghantaran dari PMU lain terbabit sekali gus menyebabkan gangguan bekalan elektrik dalam sistem Grid Nasional.

“Gangguan bekalan ini juga telah mengakibatkan sistem Grid Nasional mengalami kejatuhan frekuensi dan skim perlucutan beban automatik diaktifkan di mana beberapa kawasan diputuskan bekalan elektrik secara automatik bagi menstabilkan semula frekuensi sistem grid,” katanya.

Bagaimanapun, menurut ST, Tenaga Nasional Berhad (TNB) berjaya memulihkan bekalan secara berperingkat setelah mengambil kira kestabilan sistem grid, di mana proses pemulihan bekalan bermula pada pukul 12:56 tengah hari dan selesai sepenuhnya dalam tempoh 2 jam 21 minit.

TNB pada Rabu mengesahkan berlaku gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia berpunca daripada kerosakan satu peralatan di Pencawang Masuk Utama (PMU) Yong Peng North di Yong Peng, Johor.

Gangguan bekalan elektrik dilaporkan berlaku di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia sejak 12.39 tengah hari dan antara kawasan yang terlibat ialah Petaling Jaya, Cheras, Bangi (Lembah Klang); Bayan Lepas dan Seberang Jaya (Pulau Pinang); Panchor, Johor dan Bandar Indera Mahkota, Pahang. - Bernama
 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan